Thursday, August 14, 2008

:::My Weeks, Part of my Life is there :::


Ahad lepas, 10 Ogos 2008 Abah aku dimasukkan ke Hospital Besar Pulau Pinang...setelah hampir 6 bulan berulang alik membuat temujanji...Alhamdulillah hari ini dimasukkan ke wad untuk menjalani "bypass",...Hari ni juga terukir indah senyuman dibibir abahku...dan mungkin juga mahu menutupi resah dihati bila diketahui pembadahan akan dijalankan pagi esok jam 10pg....


Tiada yang termampu aku sebagai anak hanya mendoakan agar segalanya bjalan dgn lancar dan dikuatkan hati abah ku utk menjalani segala ujian dr-NYA...


Isnin, 11 Ogos 2008 Hari ni aku terpaksa kerja dek kerana keja aku byk sgt blm settle...rushing sgt aku rasakan dgn hati ku runsing mengenangkan abah ku yang akan menjalani pembedahan Jam 10 pagi ini....Esok smp Jumaat aku akan bercuti, jd dalam kelam kabut situasi begini kerap kali aku call mak menanyakan keadaan abah ku,...Owhhh tidak sehingga jam menunjukkan 7.45 mlm abah aku masih dalam bilik pembedahan...hati mana yang tak runsing sedangkan pembedahan itu hanya memakan masa sekitar 4-5jam sj.....dan waktu itu juga aku berada di penang bsama Mie dan Apis menguruskan hal bkaitan kerja partime kami...saat itu fikiran aku mmg bukan pada keja lg tapi hanya pada Abah tersayang ...Maaf kerna sikap dan kelainan ku membuatkan Kamu berdua agak kekok tanpa aku bersuara...


Alhamdulillah tepat jam 8.20mlm mak aku call menyatakan abah dh selamat menjalani pembedahan dan skrg dimasukkan ke CCU ...jd malam ni abah aku dtemani oleh nurse dan doc yang btugas...Syukur segalanya selamat dan aku tak sabar menanti hari esok untuk melawat abahku...


Selasa 12 Ogos 2008 Seawal subuh mak aku dh bgerak ke hospital , aku yg bcuti masih mnguruskan keperluan adik2 aku yg masih bsekolah....hari ni aku memulakan tugas aku sebagai suri mengenangkan mak aku yg letih sehari demi sehari di hospital....Jam 11.45 pg abah ku telah dipindahkan ke ICU...Alhamdulillah perubahan abah ku amat cepat, dh mula sedarkan diri dari pembedahan smlm....

Jam 4ptg aku dan adik2 aku bergegas siap untuk melawat abah ku di ICU...tepat jam 4.45 kami smp...aku sbg anak sulung memulakan ptemuan pertama dgn abah ku...Ya allah saat itu hampir meleleh air mata ni melihat keadaan abahku ...

Saat itu juga abah ku mula sedar, melihat kami adik beradik abah mula mengalirkan air mata....Sungguh aku tak sanggup melihat kepayahan itu...sungguh aku tak mampu....

Masih belum sedarkan diri...

Ya allah...begitu berat yg ditanggung mu Abah

Mengikut penerangan doc pembedahan yang sepatutnya berlaku akan melibatkan 4 urat tapi hanya 3 mampu dibuat kerana satu urat lg bukan diluar jantung tapi didalam jantung dan mmg proses itu tak mampu dijalankan berikutan jantung abah aku mengalami parut dalam....Namun begitu aku bsyukur kerana shingga saat ini abah masih mampu bertahan dgn ujian ini...

Ku lihat pada panel menunjukkan keadaan abah ku makin stabil...disamping perlu menjalani ujian pernafasan agar jantung tak lemah...Bila mana saat ini abah aku amat memerlukan bantuan anak2 nya utk menjalani latihan pernafasan dan saat itu jua titisan demi titisan mengalir dipipi ku....

Jam 7ptg ...waktu melawat sudah tamat...kami 4beradik mula meninggalkan hospital dan mendoakan agar hari esok segalanya dipermudahkan utk abahku...Amin....


Rabu, 13 Ogos 2008 Jam 9pg pihak hospital menghubungi mak aku skali lagi dan memberitahu abah aku telah dipindahkan ke wad biasa awal pg tadi..keadaan abah aku mula stabil...Alhamdulillah...Kau makbulkan Jua Doaku Ini Sebagai Anak Ya ALLAH.....AMIN....

Seawal pagi aku ditugaskan oleh mak aku utk membawa maklang,paklang dan makngah ku ke hospital....Jam 11 pagi aku merentasi Jambatan Pulau Pinang kembali untuk melewati Hospital Pulau Pinang..dgn kehendak hati yang tinggi utk betemu abah ku saat itu juga jalan sesak di sekitar Green Lane..mahu saja aku bteriak sekuat hati ku...Arghhhhhhhh


Alhamdulillah aku selamat smp ke hospital Jam 1.25 tghari...Hm,..hari ini aku mampu tersenyum melihat keadaan abah ku yg beransur pulih biarpun abah masih menahan kesakitan pembedahan tempoh hari dan bila melihat senyuman yg terpancar dihati ini mampu berkata "syukur aku padamu ya allah kau pkenakan doaku agar abahku diperkuatkan hatinya, ditabahkan semangatnya utk menempuhi ujianmu ini...Amin"

Alhamdulillah Pada-Mu Yg-Esa

Kesan Pembedahan

Senyuman yang terukir dibibir itu aku tahu hanya untuk menutupi kesakitan yang ditanggung dr terpancar utk tatapan kami...tapi pcayalah abah, kami sentiasa disamping abah setiap masa.....


Ku berdoa agar Abah cepat sembuh dan cepat pulang ke rumah...dan lepas ni, abah tak boleh buat keja berat lg....Terima kasih, kerana Abah antara insan yang terpilih untuk dpermudahkan menjalani pembedahan ini....

10 comments:

Intan said...

moga dia terus sihat :)

fuziana said...

intan ---> hrp2 :D

[mohamadtahir] [mz] said...

yana---> xdn lg nk jengok...anyway hrp yr abah cepat sembuh dan sihat cepat....take care:D




p/s: i takut:-ss nk tngk jenis yg belah2 dada n pacak2 besi niii:-ss

fuziana said...

mat tahir ::: it`s ok i tau u bz ngn kmk u tu balik pun lewat :D

skrg ni pun makin ok hrpnya minggu dpn dh leh kuar wad...kalo tak cuti lg la i... :)

hah? sejak bila u ada perasaan takut ni, pelik ;)) :P

[mohamadtahir] [mz] said...

yana---> :( nti u kim salam ja noo...


p/s*...:-ss sjk2 jumpa sireh ngan limau purut...:-ss huhu

fuziana said...

mat tahir ::: ok akan i smpkan :D


hmm, semua tu syirik jgn terlalu mpercayai..... :|

Carimakansedap @ CMS said...

Semoga sihat hendaknya abah hang... kirim salam from CMS k .....

fuziana said...

cms :::: tq my friends.... :)

Es hash ei Ka Ei en said...

alhamdulillah ..

moga kembali ceria :D

fuziana said...

shem ::: tima kaseh .. :D