Monday, April 2, 2012

Senyuman dan Tangisan ku...

Alhamdulillah...6bln perjalananku sebagai seorang ibu banyak mengubah kehidupanku hari ini.Tatkala aku bersedih, kekuatan masih ada bila melihat ke rona mata si kecil ini...Ya Allah begitu indah pemberianmu kepada ku dan suamiku...Ya Tuhanku,dugaan apakah yang sedang kau menguji hambamu ini...tidakkah kau tahu betapa beratnya untuk diri ku pikul...

Lelah diri ini cuba membahagikan sebaiknya masa dan kasih sayang yang ada walaupun dikesamaran aku ternampak petunjuk mu..ku tenangkan hati ini demi menjaga kasih sayang yang terikat telah sekian lama...tapi dek kerana dunia yg terlalu berteknologi ini rupanya bukan merapatkan ikatan mahupun mresahkan kerinduaan dgn menatap gambar tp rupanya untuk mguji tahap kasih sayang dan juga perbandingan siapa yang suka dan memberi respon...rupanya DIAM ini menudingkan lagi kesilapan pada AKU!!!Ya ALLAH Ya Tuhan ku sesungguhnya aku berterima kasih kepada mu, memberikan aku kekuatan selama ini. Ku cuba menyemarakan ikatan ini disetiap saat dan detik yang ada...akan tetapi tak siapa mampu untuk mengubah yang aku bukan antara yang disayangi dari dulu shingga hari ini...biarpun pelbagai pengorbanan yang telah aku lakukan...tak sikit pun aku dihargai.Aku Redha padamu Ya Allah jika ini mampu untuk mematangkan aku di hari esk bersama suami dan anak2 ku...

Buat suami ku..terima kasih kerana sudi menemani ku disetiap kesedihan ini dan semoga kita menjadi insan yang matang dan tabah dalam menjalani kehidupan ini bersama ALYA...

Tabahilah hati dan perasaan ini...

Monday, December 12, 2011

Dunia Alya Aqilah

Melihat akan Anugerah terindah ini membuatkan aku terasa begitu naif dalam menjalani tugasan yang diberi...Ya Allah terima kasih dgn kurniaan ini Sesungguhnya aku cuba untuk mendidiknya menjadi Anak yang Solehah suatu hari nnt INSYAALLAH...

Alya [10day]

Alya [10day]

Alya [28day]

Alya [28day]

Alya [28 day]

Alya [28 day]

Alya [47 day]

Alya [47 day]

Alya [2 month 26 day]

Alya [2 month 26 day]

Mama & Papa love u sayang...be a good girl okeh muahxs!!!

Monday, October 10, 2011

Cintaku Alya Aqilah Khairul Izudin


Alhamdulillah,Aku bersyukur pada Kurniaan
yang telah diberikan untuk aku dan suami.Tanggal 9.9.2011 7.51pm lahirnya cinta aku dan suami, sesungguhnya saat ini yang amat aku nanti2kan selama ini...Walaupun tak dpt merasai kesakitan seperti ibu yang lain aku tetap bersyukur semua pengalaman ini amat mematangkan aku...


Alya Aqilah binti Khairul Izudin
9.9.2011
4.11kg


[0220 10.09.2011]

[0910 10.09.2011]

Ya Allah, kau berikanlah petunjuk kepada aku dan suami bagi menjalani tanggungjawab yang diperkenankan oleh-Mu dengan hadiah istimewa ini,Sesungguhnya aku bersyukur pada kurniaan terindah ini,AMIN Ya RabbalAlamin...

Tuesday, February 1, 2011

Buat Suamiku

Isteri Hamil...Apa Perlu Suami Lakukan...

1. Amalan suami semasa isteri mengandung

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri
mengandung :
a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada
dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang
terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan
isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang
memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung
dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak
anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada
isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah
An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.


2. Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertang-
gungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif
pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan
terhadap isteri yang sedang mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri,
sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta
hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku
dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa
berikut,
" La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "
maksudnya
" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.
Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan
orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


3. Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya
walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam
proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap
isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap
tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa
dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan
menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari
segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya
bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada
keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan
kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul
kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan
membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik
akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di
waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap
isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak
adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat
merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-
jawab yang berat itu.

Monday, January 24, 2011

Alah + Outing...






Niat dihati cuma nk berehat di rumah...skrg ni aku rasa letih sgt, tak mampu nk buat apa2...tp bila diajak suami utk tgk2 AMIR ALIAS shooting kt Taman Belia, mmg takda alasan untuk aku menolak, bila lagi nk bjalan2 kan. Balik je terperuk kt umah, asek2 tgk muka isteri yg dok alah...Lagipun kuar kali ni nk test nagivator baru beli hehe...

So, biasa la di awal perjalanan mcm2 aku mintak nk itu nk ini kesian encik suami...terima kasih ya sudi layan isterimu yg mmg tak tentu arah ni...dengan rasa tak bersalah, dh la lambat thegeh2 nk mcm2 kan :) tp niat tu mmg tak mampu dh nk menembak cm org lain,nk p jengok kawan2 jer hehehe tu yg lewat,org start kol2...kol4.30 br kami sampai. :)

Happening giler tgk diorg posing2...teruja aku tgk, apapun aku mmg bterima kasih sgt pada AMIR ALIAS & THE GENG...sporting panaskan aku ngn lens2 diorg huhuw...lupa diri plak yg td ms awal nk p bkn main pening lg hehehe...segalanya bjln sgt lancar,i m happy n baby to0 :)

After shoot ingt nk p strobist kt padang kota tp.......PENING, ALAH, MUNTAH :( tak smpt smp umah dh singgah kt Petronas Perai uwekkkk :( sori la syg takleh p strobist..nnt dh ok kita pegi lg yer....anyway thanks sgt2 sbb bwk jln2 yer :) muahxsss!!!!

Wednesday, January 5, 2011

[1,2 another 1 to be 3]

[2011]

Berlalu sudah perit getir 2010, dan akhirnya mampu jua aku melalui 2011...Alhamdulillah masih ada kesempatan utk menikmati keindahan yang dikurniakan ILLAHI padaku...

Perjalanan yang masih basah ini sungguh mengembirakan aku...malah bkn sj aku tp buat insan-insan yang aku sayangi.Pemulaan yang baik dan manis untuk aku tempuhi pada 2011 ini, mohonku pada-NYA semoga perjlnan ini penuh rahmat dan petunjuk...KU mengharapkan ketabahan dan keberkatan dalam diri , perkahwinan dan keluarga.

Buat Suamiku yg Tercinta
Ku doa buatmu kesejahteraan moga mampu membimbing aku dan insan yg bakal hadir dlm kehidupan kita nnt...Moga kau mampu menjadi ketua keluarga yang terbaik buatku...Amin. Terima kasih diatas segala kasih sayang yg telah dilimpahkan utk ku selama ini....dan sesungguhnya akan ku semai kasih sayang itu utk selamanya...
Aku S.A.Y.A.N.G kamu dan "dia"

"Semoganya semuanya BAIK-BAIK saja"
"Terima kasih pada KURNIAAN-MU yg tak terhingga..."


Monday, December 27, 2010

Tuesday, December 14, 2010

kalau la aku ni ada kuasa...

hurm...
dh lama dh blogging..dh lama jgk dok peram perasaan ni..dh lama jgk kepala otak aku ni kurang aktif mengarang ayat2 pujangga.maklum la bila tanggungjawab dh bertambah makin byk perkara perlu aku susun kembali.kehidupan tak seperti dl..semakin berat, semakin menguji kesabaran diri...namun begitu aku bsyukur diatas kurniaan hari ini.Alhamdulillah

Namun, setiap perjalanan ini pasti ada dugaannya...
hurm..,itu lah kan..andai aku ada kuasa pasti akan ku ingt perjalanan dan pengalaman ini...
kalau la aku ni ada kuasa...pasti semuanya mudah tp siapakah kita...Hanya dia yg mampu mengatur setiap perjalanan kita, tp bagaimana mungkin diterima andai sesama umat kita melengahkan permintaan kita tanpa sebab...mampukah aku bersabar Ya ALLAH Ya Tuhan ku...

Kalau la aku ni ada kuasa...
pasti tidak aku biarkan ada pihak yg ternanti2...
Kalau la aku ni ada kuasa..
pasti nya tidak aku menyeksa pihak itu merasai apa yg pernah dialaminya...
Dugaan ni ku terima seadanya
tapi
KUASA yg disalahguna itu
membuatkan aku berasa sgt kecewa...sgt hampa...
segalanya telah ku lakukan...
hanya dijalan simpang terakhir,
ia dibekukan...hanya kerana KUASA...
terserahlah...aku pun punya hati, punyai kesabaran biarpun tak punya KUASA...
andai permintaan itu sukar utk ditunaikan...
aku terpaksa MEMENTINGKAN DIRI utk mendapatkan aku bersama dgn org tersayang...

Oh..KUASA....
Tunggak Utama sesama manusia tak terpandang utk dilangsaikan inikah pulak TUNGGAK 12 yg ada...
cuma yang mampu aku katakan...
KESERONOKAN BE***** disini dan disana telah tiada...
mungkin patut utk aku membuat kputusan bertukar angin bersama KUASA baru...siapa tahu...
apapun sama2 kita lihat sehingga ujung tahun ini, andai masih mempermainkan aku dgn KUASA yg ada...aku pun tak KUASA nk menanti lg...
segalanya sesama kita yang tahu...
kita merancang dan tuhan menentukan segalanya...aku masih mampu bersabar kerna aku tak punya apa2 kuasa selain menanti KUASA ILLAH utk doaku ini..AMIN...

Tuesday, November 9, 2010

Cinta |TERMAKTUB| buatku


"CINTA BUATku"

Tarikh : 30.10.2010 [2.25pm]

Masjid Jamek Tasek Gelugor
Tarikh : 31.10.2010

My Home Sweet Home

"Terima kasih CINTAku"
menjadikan aku sebahagian dari hidupmu...
Semoga Allah merahmati pernikahan ini sehingga ke hujung nyawa kita.AMIN

Thursday, July 15, 2010

Darah ku diambil lg....



Malas nk tulis byk2 kt entry ni...tahun ni je dh 2kali kena test darah. Hope takde pape la yg tak diingini berlaku...dan tak lama lg, kena amik darah la utk test "tersebut" haih...nasib la aku ni jenis byk darah...huhu.....Utk kali ni just utk test Penyakit2 Zoonotik yg semakin berleluasa, al maklum la bila dh keja ngn haiwan ni mcm2 benda dirunsingkan....

So.tggu je la result nye nnt...bye...