Sunday, August 10, 2008

:::8 Ogos 2008:::


Tanggal 08.08.08 mungkin terukir banyak sejarah dalam kehidupan kita...Ada yang indah dan ada jua yang perit untuk ditempuhi, namun siapa kita untuk menghalanginya.

Dan hari ni juga aku tempuhi kehidupan seperti insan lain dimuka bumi ini.Datang keja seawal yg mungkin walaupun Punch Card aku tercetak 8.02 AM hehe...LEWAT tu kawan hehe. itu la manusia yg seringkali tak mampu utk menunaikan tanggungjwab dengan sempurna...Erm, ini mungkin bukan cerita sebenar aku hari ni, mgkn separuh dari hari-hari yang berlalu dlm hidup aku ...

Antara Sejarah yang tertulis untuk tarikh indah di se awal pagi ini 8.8.08 pejabat aku digemparkan dgn kematian Seekor Ostrich, dan mungkin ni tidaklah terlalu penting utk org lain tapi bg aku walaupun seekor haiwan yang bernama OSTRICH namun itu lah hakikat dalam kehidupan ini, ada yang lahir dan ada yang ditetapkan untuk ditemukan ajal untuknya...Bila terjadi begini, baru aku tahu bukan manusia sj yang ditemukan ajal dengan diratapi oleh ahli keluarga terdekat tapi haiwan ini jua makhluk Allah swt yang jua mampu membuat insan spt kita menangisi pemergiannya....Dan saat itu jua, ada juga yang saling menuding jari menyalahi antara satu sama lain, apa yg mengakibatkan kematian nya....


Ya allah sama seperti manusia, Dan manusia jua yang saling menyalahi antara satu sama lain dan acap kali lupa akan kealpaan diri untuk menghargai semasa ada hayatnya...



Sehingga Bila kita perlu menuding jari ke arah org? sampai bila kita perlu mencari kesalahan org lain...sampai bila kita perlu jadi begini? Sedangkan Dunia hari ni terlalu maju jika mahu dibandingkan dengan sikap dan perangai manusia yang masih lagi belum menuju ke arah satu peningkatan yang selaras dgn kemajuan hari ini....Dimana kita?Adalah masih belum MERDEKA atau masih belum membebaskan diri dan sikap di Zaman MERDEKA ini? Bulan OGOS ni kan bulan Merdeka so, korang fikir lah sendiri diri korang dh MERDEKA ke blm? hehehe

~~~TAMAT SESI 8Pagi - 5ptg~~~


Jenggg...jengg ...jeng....

Hari ni cerita aku panjang skt sbb hari ni rasanya hari yang paling memenatkan aku sehinggakan waktu lunch hour kat opis td aku tido wat kali pertamanya hehehe...Aku tak penah lagi tido kat opis tu tau. Tanggal 8.08.08 ni mjadi2 lak ngantok aku ni hehehe

Jam 7.50 mlm aku menyusuri jalan ke Taman Kenari bersama dua org jejaka pilihan Malaya...hehe.

Malam ni aku ada job ngn 2org jejaka ni ,
Tima kasih ofer yana job ni.... Malam ni aku nak Merasmikan My NIKON D80 sempena Pernikahan Noor Hin & Hazeri ....Alhamdulillah tepat jam 9.50malam pasangan itu selamat dinikahkan di Masjid Taman Kenari.Byk gak aku shoot dlm2 tak pandai tu nasib la abg 2 org tu byk tunjuk ajar...


Huh....Seronoknya pasal amik gambar smp aku lupa malam makin lewat, pjalanan balik masih jauh...Adoi masa keja dh abis ni la baru aku terfkr nape la aku tak tumpang umah akak kat Kulim ni, kalo tak takyah la susah payah nk drive tgh2 malam camni...dah la jalan tu sunyi tapi aku kuatkan jgk hati ni , nk mintak tolong jejaka 2org tu pun kesian lak lgpun pg2 esok dh nk shoot lg...Hampir jam 1 pagi aku smp umah harapan dihati nak terus tido tapi memikirkan esok nk shoot outdoor aku mula study kat website yang ada kat fotopages...arghhh tertekan gak aku kali ni, byk nk cover utk wedding ni, nasib la malam tu aku ditemani si dia hehe maceh syg temankan i malam smlm , sama2 study huhu...Asyik sungguh membincangkan semua ni sampai baru aku sedar jam dah menunjukkan 4pg...Ikutkan mata ni mmg tak mau tido lagi...nk teruskan pencarian tapi bila teringat si pengantin aku paksakan juga mata ni tido...ntah kol bape la mata ni pejam, ngan laptop terbuka sampai pagi....


Tahu-tahu aku dh membuta ...kehkehhhhh

:::END:::


MORALNYA CITER AKU TD ----> Hari-hari yang berlalu tak pernah hilang dengan cerita gembira dan sedih kerana setiap pencarian pasti akan berjumpa dgn pengalaman....cuma Tarikh -Nya memberi pengertian kepada setiap kita disini.

2 comments:

[mohamadtahir] [mz] said...

menghargai saat waktu itu utk kita kenang, jd kenangan dan dikenangi...

fuziana said...

tahir ::: of course la bro..kerna setiap yg blaku itu kita jadikan pengalaman dan sempadan buat kita hari esok :D