Thursday, October 30, 2008


"Berfikir...teruk sgt ke bg org yang kuat berfikir...selesai ke masalah atau sekadar obses mau melepaskan diri...tapi itu pun salah satu dari kaedah penyelesaian yg kita dpt melalui berfikir...Masih berakal hendaknya jika kita masih boleh berfikir....Syukur jua Allah swt kurniakan kita Akal"



Cerita aku hari ini sengaja aku kaitkan dari pembelajaran aku kat blog jiran aku tuh --->en.hilangcarijumpa dan blog saupix [mengurat] ...Macam ada link plak citer diorg ni. Aku just menulis ikut apa yg aku terfikir mengenai kisah2 tauladan mereka utk korang.Saja mau asah pemikiran spt kata hilangcarijumpa [BELAJAR BERFIKIR] . Macam2 kita blh olahkan disini mengenai keberkesanan berfikir, kaedah berfikir, peranan pemikir semuanya menuju ke arah mendapat keputusan yang satu mahupun lebih berdasarkan kehendak dan kemahuan...Yang penting jua NIAT...andai Niatnya mahu berkawan, berkawan sajalah...andai niat mahu berpasangan, berpasangan lah ...Semuanya berlandasan niat, berfikir menjadikan sesuatu agar lebih sempurna meniti ke landasan yang mahu dituruti.Sebenarnya aku tak berniat nak libatkan mana2 pihak dalam kisah aku kali ini dan setelah berfikir panjang mangsa paling terdekat utk aku MODELKAN kali ini adalah DIRI AKU sendiri....watpe citer pasal org kan sedangkan diri kita pun masih byk perlu diperbaiki...

Wahh nasib ada gambar yang membolehkan aku memahamkan korang mengenai LANDASAN , FIKIRAN dan MENGURAT.....

Korang tgk tu btl ke aku dilandasan yang betul?...Bg aku tak kot...nk cari mampus dok ikut landasan ketapi tu mau stim roll aku nanti hehe...Saja ja aku lencongkan pemerhatian korang takkan nk luruskan landasan sedangkan Kaedah Pemikiran kita berakar...kalo join KMK mesti kena wat RANTAIAN TULANG IKAN hehe so, hari ni aku nk kembangkan PEMIKIRAN aku berdasaran rantaian yang aku pelajari dari En.Hilangcarijumpa . Mengaplikasikan maksud dengan lebih berPERASAAN agar kita mulai faham manusia perlu "Flexible" dalam mencapai kata putus @ keputusan biarpun Jawapan yang diterima tidak memenuhi kehendak.Simple thing yang blh aku uraikan disini mungkin jugak kisah MENGURAT yang diceritakan oleh en.saupix di blognya...Bukan kisah org lain ni, kisah aku jugak hehe...

PART 1

Lazimnya sebagai seorang Wanita amat mudah Hatinya dicairkan dengan sikap, gaya, layanan seorang lelaki contohnya ==> i suka la tgk mata u, cantik...
Wanita spt aku mesti rasa bangga kan. sekali mahupun dua kali mungkin blh berbangga tapi 3, ke 4 kalinya mungkin perasaan itu mulai bertukar...dr pujian menjadi Rindu...dari rindu berputik cinta...disitulah lahirnya satu perasaan yang sukar dikawal hingga seakan mula membawa keduanya Lelaki dan Wanita ke alam yang amat membahagiakan.Saling memberi dan menerima dibawa alunan hati perasaan masing2..NAMUN, pernahkah diantara kita BERFIKIR...

UNTUK LELAKI -->

1.Mengurat si wanita sebagai kawan mahupun pasangan?
2.Pujian sekadar suka mahupun minat?
3.Bahagia sekadar melemparkan rasa kesunyian mahupun nekad mengisi ruang hati dgn perasaan yang mulai berbunga indah?
4.Sehingga bila perasaan itu mahu dipupuk?

UNTUK WANITA-->

1.Wanita yang diurat ni...penah fkr ke : Tak begitu cpt ke aku menerima layanan perasaan dr Lelaki itu?
2.Pujian sekadar santapan pandangan yang kabur mahupun sememangnya syukuri nikmat tuhan?
3.Asyik melayani perasaan pernah ke terfikir bahagiakah hati Wanita ini andai Lelaki itu hanya mampu membawa kita ke pintu kebahagiaan yang sementara...mungkin -ve thinking tapi ada perlunya sbg seorang wanita berfikiran begitu...bukan apa senang andai ditembak panahan asmara, berlobang pintu hati bernanah juga lukanya....ahaks ayat apa tuh kiki....
4.Sampai bila nk bercinta ...sampai bila nk pupuk perasaan tu?

Toing...toing...byk lak persoalan yang TERFIKIR dibenak fikiran aku ni...walaupun akal kaumku hanya satu...Korang suka ke MENGURAT?suka ke DIURAT? mestila suka kan sbb KITA ni ANTARA MAKHLUK ALLAH YANG LEMAH HATI NYA....tapi masih dikurniakan AKAL dan IMAN sebagai pendinding perjalanan...Kita ja yang sering lupa bila KUASA CINTA menguasai diri.Layu plak dek rayuan dan kata2 pujian dari pasangan adoiii mula la nk binasa kan diri sendiri kelak...

LAMPU HIJAU pun lama2 bertukar MERAH jugak...sbb tu dalam perjalanan kita tiba2 terhenti, masa tu baru mula waras berfikir...mahu diteruskan perjalanan selepas LAMPU HIJAU atau mahu U-TURN je. Mana satu pilihan korang? TERUS ataupun U-TURN?So, persoalan ni korang sendirik je yang leh jawab..sbb aku dilaluan aku sendiri hehe....Kalo aku la kan....Aku nk teruskan jer, u-turn bila perlu je...kalo tak perlu aku nk teruskan jer sambil2 takmau lupa tgk side mirror aku yang baru tu takut nanti berderet keta kat belakang aku masih memandu dlm keadaan yang slow motion...tetap kena TINGGAL gak aku kan...So,Memandulah mengikut HAD LAJU yang ditetapkan.Tak salah BERSABAR....cuma kalo dh masuk Highway speed la skt ....Baru ada pasang surutnya keindahan dan kebahagiaan yang kita ciptakan tu.

Erk,....apa aku merepekkan tadi hehe....Sebenarnya kat sini aku tak penah lari dari ujian allah,jd yang baik itu kita sama2 kongsikan agar aku tak lupa yang buruknya sikap ku itu dijadikan tauladan,Moga tercipta utk aku agar lebih jujur dalam berpasangan, lebih ikhlas menyemai kasih, lebih tulus melafaz kata... AKAL pemberian Allah ku asah menjadikan diri dalam KEWARASAN dan tugu IMAN ku kuat utk menghadapi segala Janji yang terungkai kerna pasti ada yang jelaknya , pasti ada yang kutuknya sikap2 manusia....Spt Janji Manis yang ditaburi pasangan mana mungkin terkota semuanya, Kerana KITA HANYA MAMPU MERANCANG & hanya ALLAH swt yang MENENTUKANNYA...

Jangan memBUTAkan pandangan kerana kita Celik pada LANDASAN yang ditujui, Jangan malukan diri hanya kerna memBUTAkan diri sedangkan ORANG yang BUTA masih CELIK mencari LANDASANNYA....

Fikirlah sendiri dgn AKAL kurniaan-NYA pada kita...Mahu TERUS@U-TURN?Mahu CELIK@BUTA?....So,sekian saja sessi MENGURAT PEMIKIRAN DALAM BERFIKIR....

Harap2 korang fhm apa yang korang fikirkan ...hehe....

::::END:::::



8 comments:

[mohamadtahir] [mz] said...

hmm... kupasan dn olahan citer yg menarik.. diluar kotak pemikiran!! terang dn jelas buat org yg kurang berfikir atau sengaja xmo fikir...

..jgn fikir utk org lain jika kita x mampu fikir tentang diri sendiri!!!

fuziana said...

matahir ::: wah cam pengkritik lak u ni hehe...jek i lebih2 ni pasai menu sapan pg ni ker :-"


anyway i cuba kupas apa yg u ckp n apa yg telah i ckp kan...so sama2 kita wat teladan :)

Sengaja mcari kelainan, dh lama rasanya ditokok lama kan :)

[mohamadtahir] [mz] said...

kdg2 kita x sedar yg kita sedang mengasah fikiran bila nasi yg mentah lalu kita cari jalan utk kukus semula... sb bila ada kaedah 'sesuatu' kita guna utk cari penyelesaian pasti dpt jawapannya!!


camna cara utk nyanyi biar x lari pitching dan sampai maksud supaya meninggalkan satu kesan abadi....

:))

fuziana said...

matahir ::: ye ke asah fikiran ..ngn apa hah?batu asah ka haha :P

uik,semua masalah dpt diselesaikan dgn mudah cuma kdg2 mengambil masa lama atau pun cepat ....nasi yang mentah mmg la caranya dikukus utk kembali kan keenakannya tapi kemesraan yang semakin hambar...cinta yang semakin layu kalu makin lama dibiarkan spt nasi mentah jugak makin lama makin hangit lama2 dibuang, itik ayam pun tak sudi menjamah...


hmm....seminggu u test nyanyi dlm air...mesti pnafasan u tiptop :-"

[mohamadtahir] [mz] said...

test nyanyi dlm air??? bukan tip top nti tp trus ke pusara...:(


kalu itik ayam x sudi jamah tp masih buleh buat EM laaaa... masih buleh digunapakai utk menghasilkan bakteria baik...:)

masih ada jalan penyelesaian dlm apa jua tindakan dn setiap masalah yg sendri buat...

fuziana said...

matahir ::: tu la org soh kawal pnafasan la deyyy...


uish...tu la bg org mcm u setiap mslh mau sj cpt diselesaikan dan u kena ingat tak semua org mcm tu..kdg2 suka peram mcm pekasam masalah yang ada...huhu apapun semua org ada selera masing2 pekasam sepat or pekasam lampam :>

[mohamadtahir] [mz] said...

patut la hanya 1 subjek diajar utk 30 student dlm 1 masa... kalu dlm 1 masa 30 subjek utk 1 student, tntu yg pandai guru tu sj laa.. kdg2 selera buleh berubah bila ada mekdi atau kepsi 'drive-thru'... segala jd mudah!!

:P

fuziana said...

matahir ::: hmm tak jgk la bro...skrg ni ada gak kelas yg 8org guru sorang tapi yg pandai tetap kerani kat situ sbb setiap kali nk exam ada je murid2 yg p riki2 soklan n jawapan kat kerani2 cun kat situ kiki....

wahhh mcd nyum2 sedapnyeeee =P~