Tuesday, January 13, 2009

12 Januari 2009

Lama aku tak bkongsi cerita dalam blog yang aku create utk diri aku dan kawan2 disekeliling aku ni kan...dh macam hilang skill penulisan aku setelah sekian lama menyepi dek kesibukan yang aku tempah sendiri.Erk, jgn korang tertanya ke mana aku pergi..merajuk ke aku...berduka ke aku?huhu semua itu hanya mampu aku simpan dalam hati ...

Setelah aku ulangi membaca kias2 cerita yang telah aku kongsikan disini rupanya perit jua aku lalui sepanjang 2008 lalu...disamping perkara2 indah yang tak lupa menyelit menampakkan bahawa kehidupan aku masih ada serinya...byk rupanya perkara yang mengHALALkan perjalanan hidup aku selama ini.Alhamdulillah syukur aku pada kurniaan yg telah Allah Swt berikan kepada aku selama ini.

Rupanya , tiada ku sangka dihati ini ...tidak pernah terlintas difikiran ini kematangan yang aku lalui telah melewati usia ku yang bakal mjangkau 27 tahun pada 11 MEI nanti...baru aku sedar betapa byk kerugian yang telah aku lepaskan sepanjang usia ini.Mahu ku ketawa...tak mungkin itu tanda aku BAHAGIA..mau aku tersenyum tak mampu mengukir apa yang terlukis dihati dan perasaan aku..Mahu aku tangiskan sudah tiada lg air mata yang mampu mengalir andai yang terjadi utk diri aku hanyalah dari BONEKA yang mahu menjadikan aku bagai seekor KAMBING HITAM dalam hidup mereka...tapi SIAPA AKU untuk menghukum mereka...Wahai BONEKA sedarlah AKU tetap AKU...menonton LAKONAN yang kalian pentas kan di Lantai Tarian Citra KEHIDUPAN aku. Aku hanya mampu terpaku melihat betapa hebatnya lakonan kalian...tanpa sepatah kata mampu aku lafazkan...tanpa ada reaksi mampu aku tonjolkan, segala anggota ku KAKU...Ibarat Puteri Lagenda yang terikat menerima hukuman itulah aku saat ini. Mungkin ada baiknya aku Allah kurniakan KEMATANGAN dalam berfikir...Kesabaran dalam bertindak...Lembut dalam bicara, aku sendiri tidak menyangka bahawa hebatnya kuasa ALLAH swt hingga mampu mengubah DIRI aku yang HINA ini pada keistimewaan yang amat diimpikan oleh semua WANITA...Sungguh aku bersyukur.

Aku sendirian...mencari kembali dimana hilangnya PERASAAN aku yang dulunya sering MEMBERONTAK...ke mana ghaibnya SIKAP2 PENTINGKAN DIRI dalam diri aku!!!Betul hari ini aku mampu melemparkan SENYUMAN untuk semua orang...bukan tanda kemenangan tapi tanda aku amat bersyukur pada pemberian-Nya yang amat ternilai utk seorang MANGSA KEADAAN yang bernama NORFUZIANA ASHIKIN...Aku berdoa agar segala kenikmatan ini KEKAL untuk aku selamanya sehingga ke hujung nafas aku biarpun aku tpaksa MELEPASKAN sesuatu yang amat AKU SAYANGI....

Ruang yang selama ini aku cari telah aku temui....Biarpun kecil, buruk, namun aku selesa mendiaminya dengan menjadikan AKU DIRIKU SENDIRI tanpa perlu MENIPU, MENIKAM untuk KEPENTINGAN AKU dalam MENGECAPI KEBAHAGIAN...mahupun MENCARI CINTA sekalipun!!!!Cinta aku...tak mampu aku GADAI untuk INSAN yang AKU CINTAI DAN SAYANGI...tak perlu aku MENDUAKANNYA kerna CINTA dari HATI aku hanya SATU...tiada DUA mahupun TIGA...Tak perlu aku gusar akan KESETIAANNYA...KEJUJURANNYA kerna biar aku yang LAHIRKAN Semuanya tanpa apa2 balasan. BALASAN dek ketidak jujuran yang dilafazkan dari lidah,perbuatannya utk aku biar dibalas oleh dia yang SATU...itu pohon ku...agar aku tidak dilahirkan sbg PENDENDAM!!!!!! Cukup aku mengHALALKAN segalanya atas ikatan yang dibina selama ini...Biarpun teman, kawan, kau, dia, kamu....huhhh cukup la kan rasanya PENYEKSAAN yang aku tanggung SELAMA ini...Saat ini aku mahu menjadi PENONTON menonton segala gelagat dan lakonan BONEKA yang menjadikan aku terdampar dipersimpangan DILEMA sebelum ini....


-------------AKU TETAP AKU------------


2009

|hati|pasrah|kerja|hobi|

J.A.N.G.A.N G.A.N.G.G.U A.K.U

A.K.U T.A.K.K.A.N G.A.N.G.G.U K.A.U

Berbaur ugutan plak kan..hehe...tpulang la ek pada sesapa yang membaca, intonasi korang membaca dan pemahamana korang tentang EMOSI aku ini ....Aku cuma MAHU mendiami PONDOK KECIL aku sendiri...BERI AKU MASA itu YA....AKU takkan mengimpi ISTANA indah kerna mampuku hanya pada dahan2 yang didirikan menjadi PONDOK USANG, KECIL utk aku berteduh meneguk KEBAHAGIAAN hari2 esok....Doakan Kebahagiaan utk aku bukan KEJAHANAM yang aku pinta....

M.A.A.F
M.A.A.F
M.A.AF


10 comments:

[mohamadtahir] [mz] said...

ermmm....:-? macam semacam ada macam2 jaaa.... dunia kn ka berputar? so sapa mampu hentikan?

fuziana said...

matahir ::: smcm apa? huhu biasa la dunia kan berputar :) so, EMOSI aku pun berputar gak hehe :)

[mohamadtahir] [mz] said...

emosi berputar leh kawal... cuma hati2 mengawal emosi takut semakin laju berputar makin hilang kawalan...

fuziana said...

uit..i dok tgk kipas pusing every nite..so ada kalanya i sejuk i plahan kan klajuan nya...kalo panas i tambahkan klajuan harap2 i tak slalunya PANAS kan...biar SUAM2 je hehe

[mohamadtahir] [mz] said...

kipas tu leh la u kawal sebelum rosak... yg rasa panas atau suam tu yg kena jaga n kawal sebaiknya... sb kalu pikir2 kita x mungkin mampu kawal semuanya...

fuziana said...

bro semua tu slagi mampu kita kawal dan MENgawal...tapi apa gunanya dikawal, mgawal akhirnya PUNAH segala KEINGINAN...saat itu PASTI KECEWA kan...

lagipun i takut drive laju2 skrg ni...takut kena saman....haha apa kena mengenakan kalo tak pakai sit belt haha...

moralnya :::Jgn bermain dgn KATA pasti tbelit lidah berputar kata huhu...

[mohamadtahir] [mz] said...

yaaa... kita x mmpu mengawal apa2 pn, biarlah apapn halangan.. dugaan.. atau mungkin bala sekalipn sb kesesalan amat perit utk ditanggung jika kecewa...

...kena saman leh bayar tp kena kemalangan leh ragut nyawa....


....huhu:-ss kata2 leh makan diri dn i makin risau skrng niii...

fuziana said...
This comment has been removed by the author.
fuziana said...

bro ..i slalu ingat Sesal dikemudian hari tiada guna nya...sbb tu...

sblm kena sama, nyawa teragut...berhati2 dilandasan yang betul....kerna....

kata2 takkan terkunyah lumat..pasti akan tluah sbb itu ada istilah
"ludah jilat balik"...kan ke Insan PENGOTOR ja sanggup berbuat demikian....

Jd MORALNYA :::: jd insan yg waras, sblm diri tcemar dgn perbuatan angkara DIRI SENDIRI...

[mohamadtahir] [mz] said...

...kdg2 masa, keadaan dn situasi merubah segalanyaa... walaupn kita jaga, hati2 atau cuba elak dari suma tuu...tp siapa kita utk mmpu menghalang?? walaupn kita tahu salah.. kita sedar silap... malah pengalaman ada yg mengajar suma tu!!


.....risau mula hinggap bila kata2 yg kita luah x kita buat...x tertunai atau x terikut...