Saturday, October 11, 2008


:::Kisah Aku:::

Sudah lama rasanya aku tak jengah blog ni...makin semak plak cam kepala aku skrg nih..huh...

anyway...lumrah hidup, aku perlu gagahi jugak...sudah hampir satu minggu aku mgalami keracunan makanan agaknya, tapi aku tak mam pun...asik diarhea ja tak henti2 smp takut plak aku nk mam :-ss pala pun asik pening ja, mcm nk pecah rasanya ..byk lak masalah aku sejak akhir2 ni tapi takpe aku leh kontrol ayu lg dlm menyelesaikannya..yang penting usaha, doa...tawakal percaya pada kurnian DIA yang Satu...Insyaallah yang benar tetap akan menang jua akhirnya

Hmm.dh 10hari kita menyambut syawal...rasanya aku blm menikmati kelazatan juadah yang dihidangkan pada raya tahun ni kecuali mee kuah yg isterinya si kawan i tu masak perghhh mmg menjilat mangkuk la...sanggup i berbuka minum laici dan bergegas pulang semata2 mau mam mee kuah yang sedap lg lazat tuh, tima shih tunaikan pemintaan i nk mam mee kuah..syg la u all...tahun ni jgk agak teruk pulak perut aku nk menjamah, asik sakit ja...tekak lak naik loya, muntah2 taktau la nape...mungkin spjg bulan puasa ni makan minum aku agak tak terurus..smp naik pucat muka aku nih..huh, dugaan btl la kan tapi aku tetap enjoy ngn kehadiran kawan2 n sanak saudara yang menyemakkan umah aku huhu...buat teman2 rapat yg terapat tu maaf la takde Open House tahun ni, tertutup je umah i kiki yg datang tu tetap gak i jamu mam...Maaf penaja tahun kekeringan wlaupun paklah bg bonus huhu.Aku ngah himpun wet nk beli daging rusa utk kenduri kawen aku nanti kahhh ye la tu :P


this week mmg penat..penat terduga,diuji, teruji betul kesabaran dan kematangan aku...nape ye?biar lah aku sorang je yang tahu dan biar ia mjadi tauladan aku dimasa hadapan ...moga segalanya memberi jalan dan pintu kebahagiaan buat aku kelak insyaallah...hmm, takde benda menarik nk aku citer skrg ni....sbb musim sakit la katakan..sakit pala, sakit tekak,sakit perut, sakit hati lak lg kiki...so otak aku pun tak berapa betul skt nk mgayat ayat2 cinta kat sini maap la yer...

Di syawal ini juga mungkin aku nk kongsikan sesuatu jgk utk yg baca blog aku ni...mesti korang dgr lagu yang aku letak kat blog aku kan, terutamanya LAGU ANDAI KU TAHU...huh...MY Fav song for this time,aku mmg takut spt mana lagu tu...itu yang aku rasa sekarang ni dan hrp syawal ini segalanya terampun untuk aku...betul kata seseorang yang aku kenal --->Hubungan ini TIADA JAMINAN...dan dgn itu juga aku sedar...Hidup kita hari ini juga Tiada Jaminan yang esok masih ada nyawa untuk kita...mungkin esok ajal kita siapa tahu dan mungkin saat itu juga baru kita sedar terlalu byk kita mungkiri janji..bagaimana lg perlu kita kotakan andai semuanya telah berlalu..mampu kah kita menyekat kehidupan kita demi untuk menghukum diri atas kesilapan lalu..perlukah kita menghukum takdir tuhan dengan ujian begini ...Ya allah aku percaya pada qada dan qadar-Mu Ya Allah sesungguhnya berikan aku kewarasan dan ketenangan dalam pencarian ini...Terlalu byk perkara yang subjektif hingga kan kita tak sedar sebenarnya atas kelalaian kita itu sebenarnya memakan diri kita...peningkan aku persoalkan tentang apa disini..hmm, aku cuma nk korang tahu 1 perkara ja disini, Aku bukan lg tin kosong sptmana dulu...dan oleh sbb itu, aku selalu mengingati diri agar selalu berfikir sewarasnya, setenangnya, bertindak sebijaknya dalam menangani segala kekusutan dan melafazkan kata yang takkan memakan diri kelak.Menimbangkan setiap perjanjian adakah hanya menuntut kehendak hati,perasaan atau nafsu semata-mata yang kadang2 kita tak sedar ia semakin layu dan hilang dengan tiba2...terlalu berat utk dipikul dan itulah lumrah hidup kita yang selalu berada dipelayaran yang membuatkan kita lemas dan karam sendiri...So, dlm hidup ini kita perlu berani menerima kenyataan wlaupun perit, bertolak ansur dalam mencapai kata sepakat biarpun sesama kawan, suami, isteri mahupun anak2...tiada yang lebih bermakna andai ikatan itu termeterai indah sepertimana yang telah dijanjikan seindah berputiknya bibit cinta sebelumnya... Biar takdir menentukan segalanya berasaskan niat yang berpangkal dihati kita ini, moga segalanya dirahmati dan diberkati ...Andai yang tertulis buat kita tidak seindah mimpi, redha lah pada ketentuan itu...kerna hidup ini, ikatan ini sesungguhnya TIADA JAMINAN...

Jaminan...betul...hari ini aku sedar, Hidup ini terjamin pada Dia yang satu,..kembalinya kita hanya kepada Dia yang satu biar sesukar mana, semudah mana...hanya DIA yang mampu Mengadili Seadilnya diri kita, amalan kita,...Ya allah sesungguhnya aku amat kerdil...

Andai ku tahu...

andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

reff:
aku takut
akan semua dosa dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai kutahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucapkan kata tobat padaMu

ampuni aku
dari segala dosa dosaku
ampuni aku
menangisku bertobat padamu

aku manusia
yang takut neraka
namun aku juga
tak pantas di surga


Andai tersurat buat ku pada malam itu ajal ku mungkin hari ini kita takkan ke temu lg...dan aku bersyukur kerna masih dipanjangkan umur untuk bersama kalian...biar ia menjadi titik sesalan ku agar aku takkan lupa lagi...

~~~Benar kisahku ini..kekalutan yang berkocak takkan lg menjadi kusut~~~
ketenangan itu mulai menyemat didalam diri ini...

:::END:::



6 comments:

[mohamadtahir] [mz] said...

adehh...panjangnya kisahh... harap2 mampu tempuhi sb panjang lg kisah selepas niii sebelum ditamatkan....:D

fuziana said...

matahir ::: semua org mgharapkan begitu..yg pasti semuanya akan TAMAT bila kita tiada lagi nyawa dikandung badan....dan episod sterusnya akan bermula di alam yg ntah dimana kita akan diadili...syurga mahupun neraka...

[mohamadtahir] [mz] said...

hmm....
itulah, harap2 kita sntiasa sedar yg setiap yg berlaku tu ada penamatnya... setiap yg bermula ada akhirnya malah ada perpisahan bila ada pertemuan...tntu ketabahan dn kesabaran juga sentiasa menguji..:D

fuziana said...

hmmm...betul dan setiap yg berlaku itu perlu disertakan dgn niat...jd cuba lah kita kotakan sdaya mampu andai niat itu jujur ikhlas tak mungkin teruji sptmana mahunya perpisahan ataupun sebaliknya dlm phubungan....

ntah la..btl ke i ckp tu :-ss

Intan said...

andai ku tahu :|

fuziana said...

intan ::: andai ku tahu pastinya ku.................. :|