Tuesday, February 10, 2009

||Kerja||NoMoreENJOY||

Aku bukan malas nk apdet blog ni..
tapi byk sgt keja nk kena buat smpkan takda masa aku nk luangkan masa kat sini

So untuk tidak mghampakan pelawat blog ni aku just letak pic utk korang tatap apasal la skrg ni aku sukar sgt dikesan hehe

PROGRAM MENGGELAPKAN KULIT
huhu....

Ni antara SKT 2009 yang HQ dh tetapkan utk aku langsaikan..,
PROGRAM KESIHATAN TERNAKAN RUMINAN (LEMBU)
Pemvaksinan Penyakit Kuku dan Mulut
&
Persampelan Darah untuk Ujian Saringan Brucella Abortus

KERJA YANG MEMBUATKAN AKU MULA LUPA
AKAN SEMUA YG TERJADI...
















~~~Daaaa~~~~

||PENAT||

Saturday, February 7, 2009

||Keliru||

Perlukah aku nyatakan pada semua apa yang sedang aku lakukan sekarang??? perlukah aku luahkan apa yang terbuku dihati ini???Maukah semua tahu betapa peritnya PENGORBANAN ini!!!Aku tak pinta aku dijadikan begini sedangkan aku sendiri tidak mau terjebak dalam keadaan begini tapi kenapa perlu aku didesak!!!Kenapa tak cukup akal kah tuhan kurniakan pada aku utk tidak mengotakan segala JANJI aku, PENGORBANAN aku!!! kenapa perlu ada AMARAN???!!!Aku bukan boneka, aku bukan robot yang mampu mengotakan semua permintaan demi permintaan tanpa menitik beratkan tentang HATI DAN PERASAAN....tak cukup lagi kah apa yang cuba aku berikan....tak mampu lagikah HATI,PERASAAN ini bersabar menanti apa yg dimahukan...tahukah betapa BERATnya PENGORBANAN ini, tahukan BETAPA sukarnya utk aku meleraikan semua ini...wahai insan aku dilahirkan tanpa kesempurnaan...aku dilahirkan tanpa kekuatan, dan berilah aku peluang, berikanlah aku masa , ruang untuk diri ini mencari kekuatan...Aku mampu BERDIAM tanpa sepatah kata..Aku mampu menerima cemuhan tapi itu tidak bermakna aku CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!Aku bukan jenis manusia yang tak sedar diuntung..aku sedar SIAPA AKU didalam golongan KAMU ...Aku sentiasa sedar dan tak perlu menuding jari pada aku tapi tadah lah sepuluh jari pada yang -ESA ..pinta lah..tangis lah agar semua ini terungkai bukan dengan cara mencemuh aku begini!!!

Tahukah KAMU aku KELIRU...Aku BINGUNG.bukan pada pendirian ku tapi pada dugaan ini!!!taukah kamu aku jua punyai hati, aku jua punyai perasaan sama spt mu...tapi tahukah kamu betapa peritnya utk aku mengotakan segalanya.tahukah kamu pengorbanan ini sudah cukup MEMATIKAN seluruh PERASAANku...CINTAku...RINDUku...SAYANGku....Permintaan ini seolah-olah MEMBUNUHKU...seolah-olah maukan AKU MATI!!!! Tak bolehkah kamu menjaga sedikit caramu, sedikit percakapanmu...Pernahkah selama ini aku mencemuh sedemikian???itu bukan cara ku...itu bukan sikapku...itu bukan diriku...semuanya telah aku buang jauh dari diri...dan jangan biarkan ia kembali datang mendiami dalam diri ini kembali....TOLONG itu rayu ku!!!

Telah ku hentikan perjalanan ni disini....tahukah kamu bukan sahaja KAMU diduga, bukan sahaja KAMU terasa PERITNYA...bukan sahaja KAMU terasa TAJAM nya SEMBILU yang menusuk kalbu, hati , perasaaan tapi AKU jua begitu...

KEPERITAN sudah sebati dalam diri ini tak perlu kau nyatakan betapa peritnya perjalananmu...telah aku katakan AKU PUNYA KISAH SILAM aku sendiri...Aku telah lalui segalanya...Aku akur segalanya dan alhamdulillah KISAH SILAM itu mengajar aku utk menjadi aku seperti hari ini....Dan terima kasih jua kepada KAMU yang melengkapkan KISAH hidup ini....terima kasih segalanya...
Ingatlah ini bukan caraku tapi Yang - ESA menguji kita...cuma JALAN KITA MASIH DIPERSIMPANGAN...bersamalah kita berdoa agar jalan ini tidak lagi berliku...INSYAALLAH
Maafkan aku atas kekasaran aku dalam penulisan ku ini...AKU HANYA INSAN BIASA...
PERJALANAN INI CUKUP MEMERITKAN AKU!!!!!!!


||TERIMA KASIH||
||Diatas||
||KATA-KATA KAMU||

Wednesday, February 4, 2009

||ilusinasiku||


Ilusinasiku

Terpana pada ketulusan kata-kata
hampir membuat aku hilang arah,
hilang jalan, dan hala tujunya...

Katamu
Aku yang kau "SAYANG"
Terungkaikah SAYANG itu andai
masih ada ikatan yang terbelit dulu?

Ilusinasiku
Benarkah itu Ungkapan
dari HATI mahupun
PEMUDAH CARA nya???

Kataku
Aku rela ber"KORBAN"
Demi CINTA Adam & Hawa ini
Tulusku Hanya berserah
Pada DIA yg SATU...
Terimakah Akalku yang satu ini?

Ilusinasiku
"KORBAN" ku
tidak bermakna aku tidak SAYANG
kerana SAYANG
menjadikan AKU BEGINI!!!

ILUSINASIKU
Benarkah itu Kata PEMUTUS ku?
menjerit ILUSINASIKU
LEMAH!!!
ITU HANYA SATU UJIAN!!!
Sekecil HAMA...kenapa begitu cepat engkau mengalah???

Kataku
MAMPUKAH AKU???

Hanya tangisan membasahi pipi
menemani malam menantikan siang

Katamu
Aku yang kau "RINDU"
Benarkah ia atau sekadar pemanis senyumanku?

Katamu
Aku lah "KEKASIHMU"
Aku lah "CINTAMU"
Aku lah "SEGALANYA"

Kataku
Biarku "RAKAM" segalanya
biar menjadi bukti antara kita...
Biar KAMU selalu ingat ITU KATA-KATAMU

Katamu
Biarlah "HATI" kita
yang merasai, yang mengetahui...
INDAHNYA PERCINTAAN...
Jangan Ditangisi lagi...

Kata HATIKU...
Buatmu..

SAYANGKU...
CINTAKU...
KASIHKU...

Kata-MU & Kata-KU
Hanya DISAKSIKAN TUHAN yang SATU....
Jangan DIDUSTAI
Aku Hanya INSAN BIASA
yang mampu BERDIAM,
Duniaku ber ILUSINASI

Jawapannya bukan pada Kata-katamu
tapi pada NIATMU dan HATIMU...
Hanya pada TUHAN aku bermohon
Seiringkan perjalananmu dgn KATA-KATAMU...

Andai Di Sini bermulanya KISAH ADAM & HAWA ini...
Biarlah Di Sini Jua berakhirnya NOKHTAH persoalanku pada Cinta ILUSINASI ku...

||DISINI||
hanya
||ILUSINASI||

CUKUP!!!
||Membuat AKU tersenyum||


Monday, February 2, 2009

||Masih Disini||Masih Aku||

Bungkamlah mulutku
Ketika ku tahu ku mulai banyak bicara
Tentang kita

Kau tau ku rindu biarkan saja aku
Terus mengagumimu dan Simpan cerita
Tentangmu kau jauh dariku

Biasanya sepi menemaniku
Takkan hilang sampai kau kembali ke sini

Aku masih di sini
Aku menunggumu
Sampai kau kembali lagi
Tetap begini

Kau tau ku rindu biarkan saja aku
Terus mengagumimu dan miliki semua
Darimu kau jauh dariku

Biasanya sepi menemaniku
Takkan hilang sampai kau kembali ke sini

||Aku||
||Masih||
||Disini||

Sunday, February 1, 2009

||Tunang||Kawan||Reunion||


Malas mau ckp byk hari ni sbb rasanya aku dh terlalu letih bckp sejak akhir2 nih!!!

Sahabat baik aku dr kecik yang blh mbuatkan aku GILA dh bertunang huhu 31.1.2009
Tahniah Salmi, tak sgka dulu "Meluat, Benci!!!" at last Noria tu jd tunang hg jugak haha...amik habuan ckp lg besaq ...

erk, poyo la lu mie huhu
TAHNIAH!!!
Aku doa murah rezeki hampa cpt la kawen tahun ni gak k :D

Tunangan orang skrg!!!

Sweet friends

----------------
Aku pun nk posing gak ngn diorg nih....

wif tunangan sahabat baik aku!!!kawan aku gak haha
save baget cari org dkt2 cehh :)
anyway dh jodoh kan..terima ja :)

wif isteri org...uwaaa dh tak leh tido sama lg...
rindu la sama kamu 8->

Buat SAHABAT
(SALMI SAIDIN)

Ku imbas kembali detik persahabatan kau dan aku
ku tersenyum sendirian
15Tahun
Jangka masa yg agak lama....
tak ku menjangka sebegitu lama usia persahabatan yg kita bina...
sekejap je bila direnung kembali
mungkin sbb GILA hg, HEGEH aku jd kita mcm ni
mmg terlalu ramai teman ngatakan
kita COUPLE
HAH..Aku gelak besaq beb,...smp mati pun Hg tu Kawan aku
Cuak gak aweks2 hg dulu ngn aku kan huh
cam kena tapisan je...
Itulah AKU sama sptmana dulu...
Aku tetap aku.

Buat aku selalu INGAT !!!

Rumah Hang , rumah aku..
Mak hang , mak aku gak
Abah hang , abah aku gak kannn hehe
Abg2 hang , abg2 aku gak kannn2
Kak ipaq hang kawan aku , kak ipaq aku gak
Adik hg...adik aku gak..
so apa yg hg ada , tetap aku dpt
so, aku rasa bahagia diterima begitu oleh keluarga hang

Hari ini,
kawan aku noria...tunang hang
so senang la aku, kawan aku tunang hg
tunang hg kawan aku...
so hg leh la menyetan aku cam dulu
dan aku pun leh la myumpah hg cam dulu lagik ...
So, be my friends forever

Thanks ingat aku lg...
terima aku lg wlaupun
aku selalu membawa diri.......
aku slalu sepikan diri
my fault...i m sorry

hari esok aku takkan lari lg ...

itu janji aku!!!

Mau aku jerit kuat2
biar satu dunia tahu
aku bahagia kenali kamu selama ini...
SELAMAT BERBAHAGIA

"Kawan smp MATI"




Thursday, January 29, 2009

:::Si Comelku:::

28 Januari 2009

Letih keja aku rini
Aku pun takto aku buat apa haha...tapi ada la kan rahsia :D
Balik lewat sbb tsangkut ngn 2org kawan aku yg menyetan nk g main boling
sori aku tak layan wek :P

Amannya perjalanan pulang ke rumah
Sedap gak ni dpt lelapkan mata kjp agi huhu
tak sabarnya aku nk menjejaki pintu umah
yeaahhhh

"Assalamualaikum..."

Ku jengah pandangan mata ke ruang tamu sblm masuk ke bilik...
mau tido niiihh,
"eh, beg baby?sapa lak mai nih"
aikkk,berlari2 dak kecik,comel ni mai kat aku....
terus mlekat kat riba aku aduhaii lemah betul la aku ngn budak2 ni
My baby Hani Qistina...lamanya maklong tak tgk muahhh, hinggap ciuman di pp...
Terus hilang penat, letih aku seharian melayan anak sedara ku ni.

Malam ni, mak aku dh tempah hani tido sini so, leh la aku gomol2 dak ni puas2 huhu
Sempat aku snap pic dia posing2 kat umah, guling2 ngn aku hehe..
Jom tgk aksi manja yang buat aku btl2 rindu kat Hani Qistina ni
My baby...Hani
Mata kecil yang membuat hati ini slalu tersentuh...segalanya hanya ku simpan didalam hati ini...
Lepak baik punya...
apa ushar2 ..hehe
Cakkk...good gurl....muahh

Melayan kerenah si kecil ni buat aku terleka, lenyap semua keletihan aku hari ni...smlman main, makan, tido ngn aku...harap2 esok ada lg kesempatan aku spt hari ini..Insyaallah...

||Dunia Kecilku||
||Indah bersama||
||Si Kecil, Si Comel||

Terima kasih atas KURNIAAN-NYA

Wednesday, January 28, 2009

Jawapan nya ada disini

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA
: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA
: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '

KITA BERTANYA
: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA
: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. '
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12


***Terima kasih pada teman yang meng "email" kan jawapan2 ini utk aku...

Monday, January 26, 2009

||Satu Hari||BINGUNG||

Ceritanya TENTANG KELMARIN

Seawal pagi aku bangun,Masih terasa letih semalam...
ku kemaskan diri seperti selalu...
Tombol pintu ku buka, mau ke dapur memulakan tanggungjawab
Arghhhhhhhhhhhhhh

Pagi indah ini telah dicemari oleh bla bla blaaaaa
(Biarkan sj perbualan itu tersimpan dlm hati aku!)

Petang
Aku mau ke bank, byr duit keta yang aku rasa cam myeksa ja nk bayar
Sedap naik ke mana saja aku suka nk bayar aku paling MALAS !!!
MELAYU MEMANG MUDAH LUPA KALO DH SENANG!!!
hehe
Terjumpa lak kawan baik aku SALMI huhu
Suda mau bertunang ya KAMU hehe tahniah la yer..
Cerita bahagia ja ku dengar dari kawan2 sejak akhir2 ni
ALHAMDULILLAH
Sejak akhir2 ni aku dh mula jmp kembali kawan2 yang ritu coverage sangkut2 HILANG haha
Sembang punya sembang tak sedar aku dh belasah Char Keow Teow + Nasi Lemak hehe SELERA beb!!!
AKU MULA STRESS NI tinggalkan BELUM smp nk MAKAN ORANG ja !

Azan magrib mula berkumandang setelah aku menjejaki pintu rumah
Ceritera pagi tadi masih belum beransur huhh tercabar betul aku hari ni
Tanpa berlengah after ja tunai apa yg patut aku terus start enjin keta menuju tempat yg dituju
Mmg agak suweii gak la rini
Penuh keyakinan je aku meneruskan pjalanan tanpa menyedari sesuatu huhu
perjalananku ke Check Point pertama tinggal 500meter je...Ku gagau purse aku haaahhh
BIAR BETUL AKU NIHHH!!!! HAHHH, 2inggitttt!!! camna aku nk seberang JAMBATAN NI, Mangkuk Hanyun betoi la tak sedar lak sapa dh sapu wet aku nih..agaknya pg td semua g kedai sapu wet aku tanpa tinggalkan baki kembali....mmg la sengsara

Cehhh, mmg la MACAM s***!!!
Undur keta cam lepas je nk g ke susur keluar ke BUTTERWORTH ...tgk ngn keta yang ramai tu terus aku berenti tepi jalan arghhh mmg la wat aku timing!!!
Call Isma..kot2 la leh htrkan bantuan dia lak takde keta huh mmg la Malang
Mau takmau kena gak kaco bro aku sorang ni....MOHAMAD TAHIR

*salam, ello bro...hg dok mana? ---sedih sora nih kaka
*seberang jaya..awat? ---lega aihh seberang jaya ja haha
*ni..aku jd tak ketahuan ni...hg takmau tolong pun mmg aku mintak tolong gak ni...blh kannn? ---ayat paksa tuh huhu
*awat ni???bgtau la
*mai hntr kat aku 5inggit leh tak? ---malunya lam hati huhu
*hg kat mana ni?
*aku nk p penang la...tak sedar bla bla blaaaa

mmg la cam siot kan citer aku mlm ni...

tak pasal2 si matahir + family kena hantar duit kat aku haha...I borrow u 10 ringgit .. :P

Sepanjang idup aku nih la 1st time aku leh call mintak duit skerat jalan kat org haha MALU wehh...tobat pasni aku check dulu purse aku tu...Dah la lambat nk jmp Pengantin Baru huhu mau deal kad kawennn kiki...Around 10.30 aku balik..Jemmmm macam apa lg...STRESS betoi la aku rini....then aku ada jmp lak ADIK wif Tunang...n ADIK aku lg sorang nih....so, biar aku simpan ja lam hati... RINDU sama kamu hehe

Balik sebelum singgah umah arwah amik barang yg mak aku pesan, aku hampir kemalangan lagi!!!!huhhh DUGAAN...Aku yg LALAI sebenarnya!!!Hmm, smp ja umah tok aku borak2 sama makcik, maktam kesayangan aku nih hehe..byk ja citer diorg nih tak larat nk layan.12. ++ aku dh letih ..nk balik umah mak aku tggu hehe ye la tu kunun2 ...12.32am smp la ke teratak buruk family aku...gelap beb semua dh tido aku dh cam kelawar malam :-ss

Lega....baru terasa SUNYI kalo tak...nmpk je muka aku ada je la kemahuan nya huhu...So, mlm ni aku rasa TENANG skt...panjang gak la citer aku kan rini...penat nk mgabiskan 25hb Januari 2009.................................Namun AKU TERIMA seadanya DUGAAN yang ALLAH Swt tetapkan utk aku....

So...itu cerita aku

Selamat Tinggal KELMARIN
Aku pergi bersama RINDU

Sunday, January 25, 2009

||Aku||D80||Iznan||Fina||Wedding||

Iznan & Fina

24.1.2009 aku memulakan hobi aku buat pertama kalinya seorang diri..ntah la cam sengal ja aku rasa, berat hati pun ada..macam nk tolak ja job ni tapi disebabkan si iznan ni kawan aku so, aku gagahkan jua diri ini...Seawal pagi aku dh smp di kedai make up pengantin maklum la tak kenal sapa kena la g myerah diri kat pengantin huhu...Alhamdulillah fina ni ramah org nya so keja aku senang gak la...just ckp dia tau apa patut dia buat mgkn sbb iznan dh ajar cara berposing hehe maklum la si iznan ni kan photographer cam aku gak kiki...hmm, tak sgka betul aku ramai lak yg g make up kat situ, dirisik2 pasal harga make up rupanya untuk spasang pengantin baru RM50 huhh mesti korang tak pcaya kan but its true la...aku mmg tkejut beruk dgr...make up lak mmg cantik bangat, teliti org nya...mmg la tak rugi hehe aku pun terasa kehangatan nk kawen walaupun aku sendiri tak tahu bila..entah ada ke tak jodoh aku ni...kita tgk ja la sapa yang MALANG dapat aku!!! wahh ter Emosi plak kaka...

Aku sebenarnya malas nk taip panjang2 hari ni ..aku nk korang layan je pic yg aku amik semasa majlis perkahwinan ini blangsung ...tanpa sempat aku edit apa2 just resize je...Ni 1st shooting after D80 aku kuar wad..aku cam tak puas ati tapi tu ja mampu D80 aku wat ....terima ja la :(


Fina ur so sweet
looks like model...

yahoo aku dh kawen :P

Nice smile....i like it

Waiting for Iznan...

Look at my camera fina...

huh serius.... :-ss

Nakal sgt diorg ni hehe

Ku rias jari manismu sebagai tanda KAU MILIKKU...
u re my princess
Cute couple...so loving
Tampan dan Cantik
"Tiada lagi tangis bila kau disisiku"
uweekkk :P
cute...
Haiipppp ...jgn tgk tapi aku dh snap la iz haha
"Kau Kekasihku"
Selesai sudah majlis pkahwinan mereka...alhamdulillah cuaca baik hari ni, majlis pun bjalan dgn lancar dan yang pastinya keja aku pun best..walaupun agak penat huaarrhhh mmg letih giler la...604 keping gak pic diorg ni haha...baru 1 camera kalo 2 aku taktau la bape ribu huhu...anyway aku suka keja ngn korang...nice shooting ...SELAMAT PENGANTIN BARU IZ & FINA ,Semoga Kekal Bahagia sehingga Ke Akhir Hayat Insyaallah....

Jam 5.15 ptg aku pun beransur pulang...tapi pjalanan ku tak terhenti disini...rasa blm puas menjelajah dunia hari ni so aku teruskan ke destinasi berikutnya hehe tempat nya aku rahsiakan sbb aku rasa skrg ni perlu byk aku privacy kan where am i...penatkan baru jd Org Biasa dh perlu ada hak2 camni cam tak best tapi itulah aku sekarang...Biar aku dengan Hidup aku, jalani perjalanan yang tak tahu dimana penghujungnya..biarpun terbelit, aku tetap teruskan tanpa mahu menoleh lagi ke belakang....Izinkan selamanya AKU BEGINI...Setelah puas aku meronggeng aku kembali pulang ke sarang hiasan mak abah aku, teratak buruk yang penuh kenangan tepat jam 10.36pm...Bila dh nmpk my mucuk kat katil huaargghhh baru aku terasa letihnya hehe...Cpt2 aku kemaskan diri menunaikan apa yg patut & zzzZZZZzzzzzZZZ

Selamat Malam Dunia ku...

Thursday, January 22, 2009

STRESS || DONUT || ICE BLENDED

Sekitar jam 6.20 petang aku dh sampai Perda ...sj mau jmp kawan.Dah lama rasanya aku tak outing camni sembang2 sama kawan2.Sejak2 hadir 2009 ni mcm2 lak yang melanda aku so, mmg patut aku release skt kepala ni kan...Sebenarnya aku pun taktau mana hala tuju aku ptg ni, nk p pkena tomyam kat Sinar Indah tgahri td dh aku jamah ckp2 hehe so mata aku tertumpa pada Nash`s Donut huhu..mcm sempoi plak aku tgk view kat sini hehe...So, jom layan apa menu aku utk petang ni :D

Donut||Ice Blended

huhu..amcam teruja tak tgk apa aku makan hehe...mmg fav aku donut wif badam n white choc ..lama gak aku tggu kawan aku sdgkan dimasa yg sama ada seseorang gak nk jmp aku...mgkin rindu tapi tpaksa aku tolak disebabkan ada perkara perlu aku selesaikan disini...maaf ya. Suatu hari KAU akan faham jua KENAPA aku begini!!! Huaaarrr mata ni ngantok sgt, dh merah2 berair menahan :| tapi disebabkan aku dpt online kat sana so tak la boring sgt ...dah tu plak D80 aku asik tpana ja tgk view menarik nk snap hehe

Donut||Ice blended Choc || my blog wif New Layout

Sedap mana pun donut aku tu, takleh lawan lagi ngn keghairahan aku wif D80 aku nih...mmg tak luak nak mjamah kalo aku dh mula shoot...smpkan kawan baik ada pun aku dh tak hiraukan ..maaf la weyyy :P . Anyway, dh lama aku tak jmp kawan aku nih...takyah la aku pamerkan siapa dia cukup memadai aku nyatakan disini aku selesa bertemankan dia bercerita apa saja tentang hidup aku, tentang masalah aku, tentang cinta aku, tentang bingung aku, tentang segalanya tanpa ada halangan....terima kasih sudi menjadi teman setiaku mendengar segala keluhan ku.Mgkn itu mguatkan diri ini, hati ini dalam menjalani hari-hari dalam hidupku. TERIMA KASIH SEGALANYA....Bila ku singkap kembali masa dan detik waktu yang meninggalkan aku rupanya dh hampir 7thn aku mengenali dia...mula rapat,mjadi teman skitar 4tahun lalu tapi tak ku sgka begitu akrabnya kami hingga kan aku rasa seolah2 hilang sepasang sayap ku andai aku kembali sepi ditinggalkan kontang tanpa cinta kerana saat itu aku kembali kepada insan yang bergelar sahabat....maaf andai waktu yg blalu mbuatkan kalian terabai dgn sikap aku!Hari ini aku mula sedar betapa naif nya aku..betapa miskin nya aku tanpa kalian...Haiippp kenapa la ngn aku ni kan semuanya bagai Hilang Dalam Terang....

Buat pertama kalinya kehadiran teman aku bagaikan pendengar yg bisu...hanya mendengar segala keluhanku...melihat titisan tangisan ku...tanpa berkata apa2. Mgkn itu membuatkan aku tanpa henti bkata2 mluahkan segalanya terbuku dihati kerana saat itu sudah hilang segala perasaan malu, segan ku...Semuanya telah tergadai dgn KASIH SAYANG dan CINTA ku yang semakin jauh aku lepaskan utk Insan lain...Biarpun aku sendiri tak mampu menempuhinya namun aku redha... Ya allah ke mana perginya harga diri ini, ke mana hilangnya maruah diri ini...semua telah kau berikan utk ku, jalannya telah kau beri tapi kenapa masih berliku persimpangan itu...Aku semakin keliru Ya allah , ada kah benar pilihan ku ini...Berikan aku ruang itu..utk menjernihkan pandangan mata ini utk melihat jauh ke hadapan...

Tanpa aku sedari, jam didinding melewati jam 8.05 malam, aku masih disitu bertemankan SAHABAT, DONUT, ICE BLENDED, LAPTOP, D80 ....rupanya masih ramai disisiku. Sedangkan permulaannya kurasakan aku keseorangan rupanya tanggapan aku silap....Silap MENILAI, Silap MENEKA...Silap PERCATURAN....Menutup sebelah mata meninjau jauh didasar hati sedangkan masih ada yang menagih ditepian sudut hati...KENAPA aku selalu ALPA dengan CINTA DUNIAWI....Silapnya ada pada aku, Jawapan nya jua ada pada aku...segalanya ada pada AKU!!!

Harapan ku moga hari esok selepas malam ni, aku kembali ceria seperti selalunya bersama SAHABAT ku itu...aku amat berharap agar AKU boleh menjadi AKU tanpa dibayangi insan lain!!!

---terima kasih semua---

||Andai ku tahu||
||Masih ada ruang utkku||
||Takkan ku||
||Bingung||
||Menjadi DIRIKU||