Friday, October 30, 2009

||Terima Kasih CINTA lalu-ku||

Kembali tersenyum...pada CINTA lalu yang satu ketika dulu amat memeritkan aku....Terima Kasih Cinta lalu-ku kerana hari ini mampu melihat kebahagiaan diriku...Buat Cinta lalu-ku....Alpa ku pada Janji bukan kerna mengejar CINTA duniawi tetapi Cinta lalu-ku mengajar aku suatu pengorbanan pada Cinta hari ini...

Sungguh luhur dihati ini, tiada siapa mampu menandingi Cinta lalu-ku itu kerna begitu banyak kenangan tercipta...Dan bukan kerana itu jua aku hari ini sekeras batu tapi percayalah ia ketentuan ILLAHI di atas ujian dan rahmatnya untuk Kita yang BARU...

Bukan salahmu mahupun diriku...biarpun "gangguan" seumpama syaitan sekalipun yang bermain diigauan...Tetapkan dihati "Dia mendatangi kita untuk mematangkan setiap percakapan, setiap tindak tanduk perbuatan bukan menghukum mahupun seksaan"

Terima kasih CINTA lalu-ku membuatkan aku setabah hari ini...Jangan lagi ditanya CINTA Semalam kerna yang berlalu tetap akan berlalu pergi...takkan lagi kemari seperti dulu..Namun itu tak mampu kita halang andai telah tertulis untuk nya masih ada jodoh di persimpangan jalan yang Dia hulurkan pada kita....Berdoa pada dia yang satu Andai bahagia hari ini MILIKKU...pasti jua ada BAHAGIA Milikmu .... DIA pasti mengimbangi kita seadilnya sepertimana tulusnya hati kita menyerah pada-NYA....

Cinta lalu-ku....Percaturan dulu mungkin tersilap langkahnya dan itu mungkin titik hitam dalam hidupku namun tak sekelumit pun dihati ini mahu menghukum insani selemah kita...Dia maha mengetahui SIAPA AKU SEBENARNYA....Terima kasih memberi aku ruang menjalani hari-hari bahagiaku...

3 comments:

Anonymous said...

sama2.....

fuziana said...

hmmm :-?

amylisthiwa said...
This comment has been removed by the author.