Thursday, April 30, 2009

||Sembunyi||

Aishh...lama sudah aku "sembunyi", endahkan segala yang belenggu kunun nya segalanya SELESAI...namun baru ku sedar pabila terbitnya aku dari per"sembunyi"an itu rupanya amat mengeruhkan emosi, perasaan dan hati yang telah lama menanti.Aiyakk apa lagi mau aku bicara andai segalanya kian sepi, kian lupus, pupus hanya meronggakan bangkai...tapi aku tak pernah lupa bangkai itu seringkali meninggalkan bau busuk yang amat meloyakan. Ya tuhan-ku kau berikanlah aku perlindungan sptmana tenangnya aku dari per"sembunyi"an yang telah engkau temukan dulu,kau bersihkanlah hati, perasaan, tutur ini dari meninggalkan luka bernanah pada setiap insan moga luka itu tidak mematikan segala perasaan yang mungkin mati meninggalkan bangkai busuk...

Dunia seakan tertawa melihat akan lemahnya aku membelenggu diri pada sesuatu yang belum pasti sedangkan jalan berliku itu ada penghujungnya cuma aku sesat dalam terang...sebenarnya sesat itu telah membuatkan ada yang "HILANG DALAM TERANG".
Dulu aku seakan pilu mendengar bait2 lirik " HILANG DALAM TERANG" mgkn itu jua petunjuknya kata-kata sebelum ini"tak mampu utk ku MILIKI" , ia lahir setelah CINTA berputik, setelah cinta ternoda namun aku yang seolah terpana dek lirik "SEMBUNYI" akhirnya ter"sembunyi" dengan langkah sendiri, mati dek luahan yang menjerat diri,...Pengorbanan yang aku Hijrahkan ini telah ku matikan perasaan yang membunga suci hanya kerana sebuah JANJI...Namun manusia sering lupa, tamak...hinggakan mencalit kata-kata yang amat pedih untuk aku simpan. Iya aku berdiam, iya aku membatu bukan kerana silap, bukan kerana mungkiri tapi hari ini "KAU"sendiri tahu dimana diri "KAU"...aku cuma mau kau bersyukur kerana - DIA yang SATU melembutkan hati ini, merelakan kehendak ini demi untuk kebahagiaan "KAMU". Jawapan nya telah terjawab...telah jelas, tak perlu lagi persoalan, tak perlu lagi kecurangan, tak perlu lagi penyiasatan pada diri aku yang sentiasa akan beralah....Kerana CINTA itu juga aku mati, Kerana CINTA itu juga aku lahir untuk hari ini. Terima Kasih menodakan CINTA yang telah aku korbankan, Terima Kasih utk secebis kasih yang pernah terbelai, Terima Kasih utk Cinta yang berputik bersaksikan kuntuman mawar merah...Terima kasih CINTA mematangkan PERJALANAN ku...TERIMA KASIH.

"Sembunyi" ini menampakkan aku pada ruang yang sebenarnya luas terbentang, rupanya aku masih perlu mengorak langkah-langkah lesu ini untuk mengecapi Kebahagiaan yang di-Janjikan untuk aku.Terima kasih Ya Allah kau menemukan aku sesuatu yang HILANG dalam Per"Sembunyi"an ini.


||TAK PERLU LAGI||
||HIPOKRIT||

"HILANG DALAM TERANG"

Fajar menyingsing
Bulan masih mengambang
Dan kita pun berhenti
Di pinggir jalan
Di sinilah keluhan yang membuka mata ku
Dan layu sekuntum mawar
Yang hendak ku berikan pada mu


Mengapa kau membuat ku serba salah
Melayani perasaan
Menolak kebenaran
Setelah aku dilanda gelora
Mabuk asmara
Sedangkan engkau tahu
Kelemahan ku mudah jatuh cinta


Mengapa begini kau akhiri
Dengan menyingkap tabir rahsia
Percintaan kamu berdua
Terjaga mentari
Melenyapkan bulan
Dan mimpi semalam meluncur
Kesunyian sepanjang malam
Ku hilang dalam terang


~~~Daaa~~~

11 comments:

{akudakjaat} said...

hilang dlm terang, terang dlm hilang...paling bes hilang cari jumpa...kah3......

fuziana said...

paie ::: hahaha mmg best hilangcarijumpa :P

[mohamadtahir] [mz] said...

tetiba terasa rindu bertandang dihatiku bila nama ku jd sebutan dikalangan kaum mu hrp x hilang begitu sajaaa...;))hahaha


langling---> amboiii:D kerinduan melampau dh niii:( lama mendiamkan diri:( u p mna???

yana--> ermm:-? cam ada sesuatu yg x kene ngan topik niii:-?

bahaya bila hilang dlm terang niii.... mna nk sembunyi, mna nk sorok bila terang2 org nmpk....hilang dlm terang yg pedih... ketabahan dn kesabaran bakal menguji diri lg...

PenyuXP Professional said...

sib baik hilang tu carik jumpa... kalau yang hilang carik tak jumpa2 mcm mana plak yerkk.... hahahaha

fuziana said...

hilang yang ku cari sentiasa jumpa ===> ada ke yg tak kena? mgkn jugak kan? dh lama simpan dalam hati harap ada yg fhm kebenaran akan HATI ini...aku dh penat mau selindung lg, ckp sudah pedihnya hati tguris dek kata2 menikam :D

skrg tiba masa utk buka buku baru...lupakan segalanya yg blaku.Hanya yang-SATU mengetahui perasaan hati ini :) Tangisan sudah la terhenti sejak Hilangnya Dalam Terang yang aku SULUH sendiri jalan nya :|

Harap ada pengganti ku untuk MENYULUH jalan seterusnya utk kecapi IMPIAN mereka. Insya allah itu doa aku :|


Sebenar ada yang tidak nmpk ...jelasnya dalam keterangan yang ada masih ada yang bersembunyi pada kebenaran kdg2 biar dalam persembunyi sebenarnya tiada hati yang hilang dalam kelukaan insan lain...hilang itu terus hilang bersama angin agar terasa dingin menghembus bukannya panah yang menikam meninggalkan sekam berluka :)

Biar yang berlaku Si dia mganggap aku yang BERSALAH dan dia juga mengganggap aku PESALAH meRAMPAS itu bukan puncanya...Aku percaya DIA menduga dan aku redha kerana CINTA itu aku PERGI dan KEMBALI nya nanti harap BAHAGIA ITU MILIK AKU bersama insan yang menyayangi aku sepenuh HATINYA bukan lakonan lg....Perit ini ku simpan utk BAHAGIA hari ESOK...AKU MENANTI DENGAN TENANG :)

[mohamadtahir] [mz] said...

ermmm.... panjang lebar jawapan..:-" panjang lagi perjalanan hidup ni kerana setiap yg terjadi ada sebab dn balasannya. Kehidupan x pernah adil bg mereka yg x bersyukur... x memahami perasaan.. xda keikhlasan...

...suma insan cerdik punya kebodohan juga... setiap yg kaya juga ada kemiskinannya... cuma ada insan yg lupa bila ego dn x kenal diri sendiri..

dan kerana cinta insan buta bila sebenarnya bnyk kebodohan dn kemiskinan wujud dan dibuat pd diri tnpa disedari...

fuziana said...

hmm mmg tak dinafikan apa u ckp tu pernah i alami...bodoh bila buta tentang cinta...miskin, daif bila terlalu berharap pada sesuatu yg belum pasti sdgkn jalan kebenaran masih jauh...

jalan ini terlalu jauh...sukar utk kita mengerti setiap kejadian...setiap plakuan kerana pada mata yang melihat tak mampu menahan keresahan dihati yang berkocak...mgkn mampu menutup sebelah mata bg mematikan kerdipan sang mata yang memerhati..ya allah harapan ku agar kerdipan ini mampu mluluhkan segala ingatan, pandangan ku yang lalu..yg pernah myinggah dihati..yg pernah bputik cinta utk ku...kerana aku tahu aku tak mampu jd spt MEREKA.kaya dengan kemewahan dan kuasa...

terlalu miskin mau dibandingkan dgn mereka...cetek ilmu ku utk hadapi sgalanya...

[mohamadtahir] [mz] said...

kaya bukan pada harta saja...

sb ada yg miskin budi pekerti...

kerana ada yg kaya dn mewah dgn keikhlasan...lebih baik dr miskin dn papa kedana dgn harta dunia...

PenyuXP Professional said...

no komen laa... hahahahaha........


tak dapek nak nyampok... ahaks...

fuziana said...

penyu :: hahaha :P

[mohamadtahir] [mz] said...

...x perlu cari SALAH untuk tunjuk kebenaran... cukup buat rasa BERSALAH utk sedarkn kesilapan...