Tuesday, March 24, 2009

||Antara Hati||Perasaan||

Sesaat ini aku mencari titipan kata-kata...tarian jari ini jelas sekali kaku menghabiskan baris-baris ayat...Aku buntu, aku rungsing kenapa aku tak mampu berkata-kata.Sesaat lalu terlalu banyak butiran kata yang ku lepaskan dari bibir ini dan mungkn saat itu terlalu indah warna-warna pelangi yang mewarnai hati ini...

Sesaat perjalanan ku hampir ke temu penghujungnya...dan sesaat perjalanan ku terdampar dilautan sepi yang mana mungkin mampu aku berkayuh ke penghujung dunia...Itulah aku antara insan yang sering dikelilingi hati dan perasaan...Jauh aku berjalan, jauh aku berlari, jauh aku berenang...penat, lelah ini sering tersadai dipersimpangan.Owh duniawi aku kelam dalam keterangan...aku kabur dalam cerah mentari...namun yang pasti masih terpancar secebis senyuman untuk aku melarik perjalanan yang entah di mana penghujungnya...Mata pena ku mungkin kekeringan dakwatnya, begitu jua keputusan ku...begitu jua penghentianku ini....

Adakah hentiku ini, diam ku ini, bisu ku ini mampu memberikan aku jawapan kelak...mampu kah kelu ku ini menghabiskan sesaat menjadi masa penentu penghujung hidupku???Mampukah sabar ku ini mendoakan bibit-bibit cinta untuk insan yang aku sayangi??? Siapa aku untuk meminta, siapa aku untuk mengharap kerna ADA yang TERTULIS untuk kita...Cukup bagi aku begini!!!cukup hanya aku menerima dan tidak perlu aku membalas setiap bait yang menyakitkan kerana ku tahu semua itu bukan noktahnya aku mampu MEMILIKI...sesiapa pun takkan mungkin MEMILIKI andai bersikap demikian hanya kerana EMOSI, hanya kerana DENDAM...Aku percaya padamu yang ALLAH ...Keredhaan darimu adalah DOAKU...bukan lagi kekusutan mahupun belitan tomahan yang membadai langkah tariku....

Bukan niatku untuk menyakiti sesiapa..sungguh, demi allah.
kenapa mungkin aku perlu bersikap demikian untuk sesuatu yang aku belum pasti. Kenapa mesti memikir kehendak hati dan luka hati sedangkan pernahkah ada yang tahu luka , pedih , perit ini???Aku tak mahu menikam lidah, aku tak mampu membelit kata...Percayalah nanah ini makin membarah dan melemahkan perjalananku.Tahukah hati ini hancur memecah kusut antara hati-hati yang ada.Tahukah untuk apa aku lakukan...tahukah di mana aku sekarang??tahukah hati ini menangis perit, tahukah hati ini berdarah???Mungkin kita tak tahu disebalik kejadian tapi percaya lah kejadian itu membuatkan kita antara tergolong insan yang diduganya, mematang setiap tingkah laku, mematang setiap keputusan, mematang setiap kata-kata...Tidak perlu menuding , menunjuk kuku yang melekat dijari kerna isi dan kuku sentiasa akan begitu kerna ia tak mungkin berpisah....MANUSIA ini EGO....kerna ALLAH mengurniakan nikmatnya berpasangan dan atas sebab itu jua aku percaya KITA takut untuk SENDIRIAN!!!! Aku percaya pada setiap perlakuan itu, Aku percaya jua sendirian itu pastinya kita selalu ditemani CAHAYA yang kita tak pernah nampak pada mata kasar ini...Mungkin sesaat cahaya itu membias...akan terjentik dihati ini seketika kekosongan, kesepian mendiami diri...Siapa tahu, di mana datangnya...ke mana perginya....BILA?tak mungkin selamanya kita tak berdaya kerna hari ini kita masih didugai pada perjalanan yang sentiasa ada untuk kita....Berikan ruang, peluang...KERNA MASIH ADA YANG BINGUNG DALAM PENCARIAN...

*Maaf penulisan ku cukup membiaskan cermin diri ini,bukan utk sesiapa HANYA UNTUK DIRIKU*

No comments: