Thursday, October 30, 2008


"Berfikir...teruk sgt ke bg org yang kuat berfikir...selesai ke masalah atau sekadar obses mau melepaskan diri...tapi itu pun salah satu dari kaedah penyelesaian yg kita dpt melalui berfikir...Masih berakal hendaknya jika kita masih boleh berfikir....Syukur jua Allah swt kurniakan kita Akal"



Cerita aku hari ini sengaja aku kaitkan dari pembelajaran aku kat blog jiran aku tuh --->en.hilangcarijumpa dan blog saupix [mengurat] ...Macam ada link plak citer diorg ni. Aku just menulis ikut apa yg aku terfikir mengenai kisah2 tauladan mereka utk korang.Saja mau asah pemikiran spt kata hilangcarijumpa [BELAJAR BERFIKIR] . Macam2 kita blh olahkan disini mengenai keberkesanan berfikir, kaedah berfikir, peranan pemikir semuanya menuju ke arah mendapat keputusan yang satu mahupun lebih berdasarkan kehendak dan kemahuan...Yang penting jua NIAT...andai Niatnya mahu berkawan, berkawan sajalah...andai niat mahu berpasangan, berpasangan lah ...Semuanya berlandasan niat, berfikir menjadikan sesuatu agar lebih sempurna meniti ke landasan yang mahu dituruti.Sebenarnya aku tak berniat nak libatkan mana2 pihak dalam kisah aku kali ini dan setelah berfikir panjang mangsa paling terdekat utk aku MODELKAN kali ini adalah DIRI AKU sendiri....watpe citer pasal org kan sedangkan diri kita pun masih byk perlu diperbaiki...

Wahh nasib ada gambar yang membolehkan aku memahamkan korang mengenai LANDASAN , FIKIRAN dan MENGURAT.....

Korang tgk tu btl ke aku dilandasan yang betul?...Bg aku tak kot...nk cari mampus dok ikut landasan ketapi tu mau stim roll aku nanti hehe...Saja ja aku lencongkan pemerhatian korang takkan nk luruskan landasan sedangkan Kaedah Pemikiran kita berakar...kalo join KMK mesti kena wat RANTAIAN TULANG IKAN hehe so, hari ni aku nk kembangkan PEMIKIRAN aku berdasaran rantaian yang aku pelajari dari En.Hilangcarijumpa . Mengaplikasikan maksud dengan lebih berPERASAAN agar kita mulai faham manusia perlu "Flexible" dalam mencapai kata putus @ keputusan biarpun Jawapan yang diterima tidak memenuhi kehendak.Simple thing yang blh aku uraikan disini mungkin jugak kisah MENGURAT yang diceritakan oleh en.saupix di blognya...Bukan kisah org lain ni, kisah aku jugak hehe...

PART 1

Lazimnya sebagai seorang Wanita amat mudah Hatinya dicairkan dengan sikap, gaya, layanan seorang lelaki contohnya ==> i suka la tgk mata u, cantik...
Wanita spt aku mesti rasa bangga kan. sekali mahupun dua kali mungkin blh berbangga tapi 3, ke 4 kalinya mungkin perasaan itu mulai bertukar...dr pujian menjadi Rindu...dari rindu berputik cinta...disitulah lahirnya satu perasaan yang sukar dikawal hingga seakan mula membawa keduanya Lelaki dan Wanita ke alam yang amat membahagiakan.Saling memberi dan menerima dibawa alunan hati perasaan masing2..NAMUN, pernahkah diantara kita BERFIKIR...

UNTUK LELAKI -->

1.Mengurat si wanita sebagai kawan mahupun pasangan?
2.Pujian sekadar suka mahupun minat?
3.Bahagia sekadar melemparkan rasa kesunyian mahupun nekad mengisi ruang hati dgn perasaan yang mulai berbunga indah?
4.Sehingga bila perasaan itu mahu dipupuk?

UNTUK WANITA-->

1.Wanita yang diurat ni...penah fkr ke : Tak begitu cpt ke aku menerima layanan perasaan dr Lelaki itu?
2.Pujian sekadar santapan pandangan yang kabur mahupun sememangnya syukuri nikmat tuhan?
3.Asyik melayani perasaan pernah ke terfikir bahagiakah hati Wanita ini andai Lelaki itu hanya mampu membawa kita ke pintu kebahagiaan yang sementara...mungkin -ve thinking tapi ada perlunya sbg seorang wanita berfikiran begitu...bukan apa senang andai ditembak panahan asmara, berlobang pintu hati bernanah juga lukanya....ahaks ayat apa tuh kiki....
4.Sampai bila nk bercinta ...sampai bila nk pupuk perasaan tu?

Toing...toing...byk lak persoalan yang TERFIKIR dibenak fikiran aku ni...walaupun akal kaumku hanya satu...Korang suka ke MENGURAT?suka ke DIURAT? mestila suka kan sbb KITA ni ANTARA MAKHLUK ALLAH YANG LEMAH HATI NYA....tapi masih dikurniakan AKAL dan IMAN sebagai pendinding perjalanan...Kita ja yang sering lupa bila KUASA CINTA menguasai diri.Layu plak dek rayuan dan kata2 pujian dari pasangan adoiii mula la nk binasa kan diri sendiri kelak...

LAMPU HIJAU pun lama2 bertukar MERAH jugak...sbb tu dalam perjalanan kita tiba2 terhenti, masa tu baru mula waras berfikir...mahu diteruskan perjalanan selepas LAMPU HIJAU atau mahu U-TURN je. Mana satu pilihan korang? TERUS ataupun U-TURN?So, persoalan ni korang sendirik je yang leh jawab..sbb aku dilaluan aku sendiri hehe....Kalo aku la kan....Aku nk teruskan jer, u-turn bila perlu je...kalo tak perlu aku nk teruskan jer sambil2 takmau lupa tgk side mirror aku yang baru tu takut nanti berderet keta kat belakang aku masih memandu dlm keadaan yang slow motion...tetap kena TINGGAL gak aku kan...So,Memandulah mengikut HAD LAJU yang ditetapkan.Tak salah BERSABAR....cuma kalo dh masuk Highway speed la skt ....Baru ada pasang surutnya keindahan dan kebahagiaan yang kita ciptakan tu.

Erk,....apa aku merepekkan tadi hehe....Sebenarnya kat sini aku tak penah lari dari ujian allah,jd yang baik itu kita sama2 kongsikan agar aku tak lupa yang buruknya sikap ku itu dijadikan tauladan,Moga tercipta utk aku agar lebih jujur dalam berpasangan, lebih ikhlas menyemai kasih, lebih tulus melafaz kata... AKAL pemberian Allah ku asah menjadikan diri dalam KEWARASAN dan tugu IMAN ku kuat utk menghadapi segala Janji yang terungkai kerna pasti ada yang jelaknya , pasti ada yang kutuknya sikap2 manusia....Spt Janji Manis yang ditaburi pasangan mana mungkin terkota semuanya, Kerana KITA HANYA MAMPU MERANCANG & hanya ALLAH swt yang MENENTUKANNYA...

Jangan memBUTAkan pandangan kerana kita Celik pada LANDASAN yang ditujui, Jangan malukan diri hanya kerna memBUTAkan diri sedangkan ORANG yang BUTA masih CELIK mencari LANDASANNYA....

Fikirlah sendiri dgn AKAL kurniaan-NYA pada kita...Mahu TERUS@U-TURN?Mahu CELIK@BUTA?....So,sekian saja sessi MENGURAT PEMIKIRAN DALAM BERFIKIR....

Harap2 korang fhm apa yang korang fikirkan ...hehe....

::::END:::::



Tuesday, October 28, 2008

Meluat aku nk reply TAGGED dak ni...tapi aku reply gak la kan huhu
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Kasih Sayang...
2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Novel...
3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
Aku nk nikah kat umah family la...kenduri kawen pun kat umah family...huhu

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Takut aku nk jawab sbb....SEMUANYA TIADA JAMINAN...Mungkin esok aku TIADA siapa tahu..
5. Adakah anda di lamun cinta?
Ya...
6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
Pokok Manggis , KULIM
7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Harum Chempaka....Norhayati Berahim
8. Apakah nama penuh kamu?
NORFUZIANA `ASHIKIN BINTI MOHD PUZI BIN MD.NOOR BIN NAYAN
9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
My Abah la...Aku kan ANAK ABAH hehe
10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Ntah la....Sapa yer...For now mungkin my future HUBBY...siapa???TUNGGU
11. Christina atau Britney?
Ella....Ramli Sarip huhu
12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Yup....cuci pakai tangan ada..MESIN pun ada kiki...
13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Aku nk p wat Ibadat kat MEKAH wif my mum n dad...insyaallah
14. Pelukan atau ciuman?
Nak dua2...aku tamak hehe...dh peluk mesti la kena kiss huhu...pandai2 jer aku :P
15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
-suka gelak...
-suka makan...tong sampah gak ni huhu
-suka budak2
-baik hati....
-suka nyakat org...sbb tu aku kena TAG ngn dia.... :P
16. 8 perkara yang amat saya gilai
-Tido...
-Drive laju2
-Masak...
-Makan
-Bertenet
-Membaca
-Amik gmbr...suka bangat...
-Bergambar..aku suka posing la weeyyyy :P
17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
-Salam
-Masya Allah
-Bengong Aihh...
-Gila ka?
-Eeiiii...
-Hegeh-hegeh....
-Oit....bek2 skt
-Pandai la hang...
18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca
-Mastika
-Manual Protokol Kawalan Penyakit Ternakan...(keja aku)
-Manual Using ArcGis...Jadah apa aku tak fhm hehe...baca ja kena wat pasni :P
-Mingguan Wanita..kiki..
-50 Pesanan Rasulullah saw kepada Kaum Wanita
-Membina Rasa Cinta
-Harum Chempaka
-Astro Guide haha.......
19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
(mengikut carta hehe)
-Sejiwa :Spring
-Di Pintu Mahligai : Iklim
-Andai ku tahu :Nidji & Ungu
-Matahariku : Agnes Monica
-Warkah : Bau
-Cinta ini membunuhku : D`Masiv
-Cinta Tiga Segi : ???
-Lagu Cinta :Rama
19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
-Percaya pada diri sendiri
-Belajar Tabahkan Hati
-Belajar BerSabar
-Belajar bertolak ansur
-Belajar menjaga hati org..-
-Belajar Menjaga CINTA
-Belajar Menjaga perhubungan
-Belajar Majukan diri
20.Aku takmo mengetag org...Sori....
7 Fakta Tentang DiriKu...
--->Slumber
--->Muka tak malu....
--->Garang gak la huhu
--->Suka berangan...kiki
--->Sensitip la aku nihhh suka nangis uwa....tak nangis pun kdg2 melelah jgk erk..kantoi hihi
--->Pantang btl kena cabar huhu...diam2 berisi tau :>
--->Rabun......tapi blm BUTA dlm CINTA....CINTA ja Buta cari Hati aku kaka
7 Ciri2 Lelaki/Wanita Idaman
---> Slumber cam aku la....
---> Blh buat aku tersenyum slalu...
---> Sayang Aku...,Cinta Aku...,Kasih Aku seikhlas hati
---> Hormat sama aku dan family spt mana aku hormati dia dan family
---> Blh terima AKU seadanya DIRI AKU yang KERDIL ini...
---> Kuat Ugamanya agar leh bimbingi AKU....Insyaallah
--->Baik dr ALLAH utk aku..Baik jua ku terimanya...
7 Mangsa Seterusnya
---> ?
---> ?
---> ?
---> ?
---> ?
---> ?
---> ?
(takda sapa aku nk tagged sbb AKU BAIK hehe)

Saturday, October 25, 2008



:::My Hobby, My Job on Weekend:::

25.10.2008
Hari ni diatas permintaan seorang kawan baik aku mengagahkan diri bangun seawal pagi utk mengotakan niatnya...Kelam kabut gak hari ni bila dh lama tak menjalani keja2 luar dihari minggu, maklum la musim posa mmg aku tak kuar mana....hehe.Dh masuk syawal asik makan ja naik lemak la kan nk bangun awal n kemas2 umah huhu...

Tak kisah la kan semua tu....Jam 9.40 aku bertolak dari rumah ke masjid penanti, sebenar mam kat situ je...aku plak jenis wat keja tak reti nk berenti makan so,awal pg aku dh kedarah nasi huhu...gulai lak tu kiki.10.30 aku wif my kawan + wife menuju ke Bandar Sunway untuk memulakan tugasan yang diberi, dh lama rasanya aku tak wat aksi2 ni, kena study balik b4 buat job sendiri pasni. Rasanya korang mesti dh tahu kan aku wat keja pa rini.. :) aku takmo tunjuk hasil keja aku yg masih blm siap spenuhnya rini...just nk smbg2 je apa yg aku leh kongsi hari ni utk kita sama2 renungkan hehe....

Sejak byk mendapat keja2 yang bkaitan dengan seri pengantin ni...baru la aku tfikir2...sampai bila agaknya aku nk menapak seorang diri begini, berdiri sendirian tanpa ada pimpinan,apapun aku sedar semuanya ketentuan illahi dan aku hanya mampu berdoa dan berserah seadanya kepada yang Esa.

Eh, ini bukan sj pasal jodoh tau tapi hari ni kisahnya...Aku memulakan hobi yang merangkap kerjaya suka2 aku seorang diri, gentar gak aku hari ni lgpun blm biasa p shoot sorang tanpa ada kawan2 photografer cuma ada teman yg menjemput aku utk keja ni hehe...maceh la.Mula nk berdiri seorang diri walaupun dok takteh lagi :-ss


Apapun aku masih belajar dari sehari ke sehari utk lebih mantap dlm apa jua yang aku ceburi.insyallah harap2 impian aku terlaksana jua nanti :D

Letih seharian smp ke agenda yang agak kelam jdnya bila shoot outdoor dh malap...ptg dh , apa sgt yg cantik kan...belasah ja la janji pengantin puas...aku pun dh kepenatan sgt dr pg smp ptg, takda rest rasanya...apapun semuanya dh selesai...takda yg happening pun rini cuma biasa2 ja...keja2 keja2 ntah bila la aku nk mahir kan...usaha tak penah nk jemu cuma ntah dimana pintu kejayaan utk aku...kita tunggu dan lihat :D

My Next Client...hehe...En.Isma Izwan Ismail, muka ngah pucat tu tempoh mak dia bg sampai bulan 3 2009 ja tuh..hehe.Cpt2 skt, 10k dh ada tunggu apa lg...lambat sgt mlepas kot nanti :D

Semoga semuanya berjalan dgn lancar spt mana impian2 ku insyaallah.


--->aku pun takto aku taip apa kat atas tu...men belasah ja, pala aku dh berat sgt tapi jari aku cepat ja menaip..korang baca je la apa yg aku citer tu yer..ntah apa2 ntah hehe...maap takde niat aku nk kata or kias ke sapa2 ..hehe


:::END:::



Thursday, October 23, 2008


:::PENANTIANKU::::


Semalam...
Aku ditemani cengkerik malam
Biar sangsi , biar runsing...
namun masih jua terbentang sinar dlm kepekatan malamku

Senyuman ini...tiada terbendung lagi
Kegembiraan ini tiada lakonan lagi
Semalam tercetus jua kemesraan dulu...
Terukir kembali kenangan yang hampir menjadi debu

Syukur..Masih ku sedar...
Masih ku sabar..
Yang indah itu bukan hanya sementara...
Masih mampu ku titipkan utk hari esok ...
Doaku...
Sujudku...
Hanya satu...
Satukan hati kami...
Satukan Jalan kami...
Permudahkan liku kami...
Perjelaskan Kekaburan kami....
Perkenankan Doa kami...
utk selalu begini selamanya...

Detik malam membangunkan aku di kedinginan subuh....
Aku yang masih dalam kealpaan begini...
Terasa kesayuan menyentap segelinap perasaanku
Bagai embun menyentuh dedaun sesuci pagi...begitu dingin terasa akan ruang hati ku...

Tatkala ini...
Ingin ku berlari ke arah mentari
agar tersuluh bahang menyembah zahir dan batin diri ini
biar terjerlus aku dlm keterangan dan ketenangan...

Cukup sudah...
selama ini terperangkap aku dlm kegelapan yang fana...

Duhai Hati...
Duhai Perasaan...
Sematkan aku kiasan bermaruah....
Agar tak leka terpalit cemuhan menikam....
Hiasi aku tuturan indah
Agar pendengar syahdu mendengar....
Selimuti aku selembar kasih sayang
Agar Rinduan menjadi Ingatan...
Sujudkan aku pada tiang yang satu
Agar tak terluput akhiri DOA
Mengikat Ukhwah sesama insani....


--AMIN--


Sunday, October 19, 2008

:::Bored:::

Argh, bosan...itu la yg boleh aku katakan cuti hujung minggu kali ni...
Ntah apa yang tak kena lg aku pun tak tahu...makin terasa spt ada sesuatu hehe perasaan aku jer tu kiki...

Plan sabtu lepas mau p shoot area penang tapi akhirnya aku tak pegi sbb ada urusan yg perlu aku selesaikan dan ptg nya mau pegi jogging sambil cuci mata yg dh makin bsarang ni...Semua plan aku tak mjadi pada sabtu 18/10/2008 yg jadinya kuih makmur hehe utk raya minggu depan...aku ler baru nk raya huhu


AHAD

Sunday morning..wake up n surfing my flickr...urghh, ngantok bangat pg ni, bergegas aku bangun mandi, kemas n masak...ada sorang kawan invite p sp shoot kolam ikan tapi terpaksa aku tolak saat2 akhir,..sori la bro, aku bz :| :|

Tgahri aku layan jer Csi smp petang...elok nk layan Csi Miami huhhhh ujan selebat2 nya...uwaaa siaran aku tgendala la pulak...

So, bg mengurangkan aktiviti menambahkan berat badan aku yang dh makin maintain ni hehe...aku sebolehnya tak mo tgk katil n bantal bucuk aku haha kalo tak membuta ja sejuk2 ni ...

Ku tinjau diluar jendela....kelihatan curahan deras air hujan menimpa bumi sehingga ke titisan2 terakhir...

Mungkin itu tandanya khidupan...realiti...pasti ada pasang dan surutnya ...pasti lebat limpahan nya shingga ke kontang tadahannya...ibarat kasih dan sayang, ibarat rindu dan cinta sepasang kekasih, hari ini semekar bunga dan esok semakin layu andai tiada siraman air dan baja...membelai indah sehingga ke akhirnya....Hmm, terjiwang plak aku ni hehe...Sori la kawan...
Aku nk berenti jap jiwang 2,3 hari ni ngehh ngehh

Busan ngan fikiran yg buntu aku snap pic ni...asah skill :D

Ha`ha.....
Biar berderai lajunya titisan itu mengalir...
bumi sentiasa bersatu menadah, membasahi tumbuhan yang ada agar takkan kontang, kering dipanah mentari....

Biarpun rumpai...rumput....andai terpercik titisan suci itu, pasti kan subur jua tumbuhnya..
begitu jua manusia, seburuk mana lakunya...sejelak mana perangainya..andai dibelai, diasuh, dikasih, dmanja pasti thindar jua kehitaman akhlaknya....Tiada yang teristimewa andai saling memberi dan menerima....

Dan saat itu...siapapun kita pasti akan terbang sebebas burung....menuju ke puncak yang sama, tiada lagi kegusaran...tiada lagi halangan jika segala kesulitan, ujian yang esa dpt dtempuhi bersama...insyaallah...

----------------------------------

::::My Lens wif En.Mus :::::

Hari ni aku jumpa seorang kawan baru...pelik kan...tiba2 jer pkenalan ini mjadi akrab...
ntah la mungkin terlalu bosan aku mula mjejakkan kaki mcari sesuatu yg berbeza hari ini...

(Musang Pulut a.k.a Comman Palm Civet)



Comel tak kawan baru aku ni...manja kan rupa dia...tapi mmg comel pun, dan agak manja ngan kita..walaupun baru jumpa tapi sweet sgt....lama gak aku bmain ngn dia td...mcm tak mau balik ja..lepas ni tiap2 hari kena la aku mjengok si mus sblm masuk pintu umah aku hehe...

Nk mam la tu hehe

Ala...chumell nya...tido lam buaian ni kalah baby tau hihi

nk main je keje dia nih....

pose ayu dr mus....

Musang pun musang la kan...tak sangka plak tok sedara aku bela mus ni, asik sgt dok snap cucu dia mandi ujan smp tsangkut ngn mus...
Hari ni takde citer best pun dari aku...just nk kongsi pic yang aku snap sharian melayan kebosanan kat umah...hehe

Kalo la aku jd spt mereka...pasti seronokkan...semua ini telah berlalu utk aku...dan hari ini hari mereka menikmati segala keseronokan yg ada...
Rindu benar zaman2 begini

peace ...

Bestnya dpt bhimpun begini...terasa ptalian takkan putus walau dicincang sekalipun..

Kenangan Terindah Zaman kanak2

Home Sweet Home

----------------------------
Niat petang ni nk p snap org mbajak sawah ngn bangau, dsebabkan ujan aku tsasar hingga ke seberang jaya..ntah apa aku ke sana pun aku takto...asik dok tengok awan je mana yang cerah mau p skodeng n tembak2 hehe...

Agak mengecewakan hari ni...akhirnya aku pulang ke kampung halaman ku jua...


Tempat ::: Taman Reakreasi Padang Cempedak, Tasek Gelugor
Jam ::: 6.30 ptg

Teratai Layu di tasik madu kiki...


ini je hasil utk ptg yang teramat suram...

:::::Cinta Dalam Hati:::::

:::END:::


Wednesday, October 15, 2008

:::My Day...Shooting like Crazy:::

its me wif my camera...dh mcm belangkas aku rasa...huhu
Hari ni mungkin hari gian shoot bg aku huh....but d`way rini ada jamuan raya kat opis aku, hmm bz la smpkan nk shoot pun tak leh sbb kali ni aku terikat kontrak nyanyi2 lak hehe spt tahun2 lalu jgk kiki maklum la artis buwekkk. B4 aku tnjuk aksi2 gila n skandal aku rini kat opis so kita layan dulu pic aku yg sempat drakamkan oleh my pen matahir n mie hehe jom layan...

aku pun takto sapa yg amik pic ni...mcm ready tapi ntah kat sapa aku senyum :-ss

haha...aksi artis nk wat psmbahan hehe walaupun tak la bagus mana tapi siap ada pmintaan utk nyanyi skali lg...ada ke tak bayar teruk betul la kan kiki

wahhhwahhh skandal 1 huhu
aku suka dak ni...sora dia beb huhh rock abis ada umpphh kalo nyanyi ...kalo korang dgr mesti tak tido mlm punya la hehe.

---enjoy btl ngn event rini, semua bjalan lancar n mjadik...alhamdulillah syukur pada tuhan---


Agenda Sambutan Hari Raya tak melemahkan semangat aku walaupun aku smpt shoot tak sampai 1 roll...ptg tu aku memulakan edisi terhad wif kawan aku dua org nih wat aksi2 gila haha.dh cam org takda keja dh kat opis tu melilau ja cari port baik nk posing hehe...senang citer korang layan jer la yer...kalo buah hati aku tgk pic2 ni kompom la aku kena pujuk huhu.semua ni lakonan smata2 je tapi yg sebetulnya aku mmg la kaki posing haha

Jom kita layan....

Antara model2 aku kali ni ...

Wif en.matahir...ala malu2 la plak hehe

perghhh pic ni aku suka...cair encik matahir tgk SE aku haha
Baru aku ushar skt udah tutup mulut malu2 huhu kaki penggoda betul aku ni haha
(pstttt kak ani jangan marah tau...pinjam sat ja wat shooting kiki)

Egen 007 hehe

Sopan betul encik matahir hari ni...ala2 macho gitu, fotogenik la u bro

Ada byk pic aku nk uplod rini...so korang tgk je la wat cuci mata hehe
Jommm tgk lagik Aksi2 Manja aku ngn Kawan Aku sorang lg nih...Tak sangka plak dia nih pun kaki posing mcm aku ..tau dek bini dia mampus la aku haha

Wif Mie my bisnes partner...encem kan nasib la dh kawen :-ss

ngeh ngeh ngehh...

huhu ala2 hindustan gitu...

Training aksi outdoor utk pgantin pasni..aku lak over kiki

Puas rini aku posing....shoot sana sini ngn mber2 aku nih, byk lg pic aku nk uplod tapi nanti ada lak mata sakit tgk aksi2 ganas kami hehe...so, b4 aku quit utk mlm ni ada aksi yg aku baru bajar snapping rini...sudah lama aku cari model yg sesuai akhirnya jumpa jugak....thanks mie be my model ....

Tak ku sangka gaya tulen lelaki ini mampu mbuatkan hidup aku porak poranda ngn aksi bebas diorg hehe...sonok lak aku shoot hehe

erk...sudah mau mula....tgk2 sayap sudah mau buka mau terbang tinggi hehe

Last tinggal model i yg sorang ni tak abis2 bantu aku nk asah skil snap this part...huhu mjadi jgak akhirnya...

d`perfect 1....Happy like my model...yeahhhh


::::KEPUASAN::::
Luput segala KELETIHAN ku selama ini...

:::END:::

p/s ===> Kepada encik matahir n mie...thanks to be my model...so sporting n happening....




Sunday, October 12, 2008


:::My Holiday wif my Lovely Friends:::

Saturday...
Hmm,..Busan jgk pjalanan idop aku sejak2 ni tapi ok gak minggu ni aku ada jemputan mam2 oleh sahabat baik aku nih...huhu sedapnya menu2 yang dicadangkan dan yang paling best siap nk wat menu kegemaran aku yahuuu maceh la kawan, cayang sama kamu muahhh :P

Lokasi ::: Flat Kuning, Pmtg Pauh
Jam :::: 4.00 ptg

Sesampai je aku kat sana...udah disambut oleh jejaka berbaju merah, aku lak dgn bangga nya mlangkah wif tema pink..kiki cam ayu sgt la tu....

hmm, nmpknya aku kena ambik bau je la sbb yang len2 belum smp, mbuak2 lak aku tengok menu yg thidang atas meja....ghairah ja nafsu ni huhu..mau mam puas2 sbb udah sminggu aku tak mam sbb diarhea uwaaa.lama gak la aku tggu baru la disusuli oleh hcj wif family , cik faie n d`geng ...corey + his mem...tgk2 nape aku sorang je pink org len elok je warna warni kale baju...erk...tkena dh aku kali ni ngn dak tom ni....mcm nk penumbuk ja tau uwaaa kata tema pink la..kebaya la tak pun batik la...last aku sorang je pkai pink.....tom tommm mmg nk kena kawan aku nihhhh



apapun aku tetap control ayu huhu...

perghhh, aku dh tak tahan nk mam ni...elok la diorg semua dh smp, tak sabar betul nk mam masakan mak tom ni...alih2 lak kena sembang2 lg kat umah sebelah blm dpt mkn lg la...tseksanya batin ku...agak sejam menunggu baru la leh mam, mmg tom ni dera aku la...

jeng2..jeng....santapan pertama aku tak smpt nk snap sbb ghairah sgt, aku mam nasi impit + kuah kacang...sluurppp mmg sedap kuah kacang mak tom buat ni...rugi sapa yg tak dtg pedas2 tapi terangkat abis..encik tom a.k.a isma tak rugi ngantok2 i drive p umah u....

tgk...dh nk abis i mam nasi impit kiki...tuan umah pun posing jgk hehe

menu ke-3 aku mam...nasi minyak + rendang ayam...cedap gak ni....mmg belasah abis aku rini biar la nk sakit perut pun baru puas hati hihi....tapi i mam pun beringat2 sbb on diet la katakan hehe....tomtombakkk tahun depan buat la lagi open house camni, i org 1st yg akan dtg...cedap bangat...huhu

xspecially aku nk ucap tima kasih sgt sama toms....aku tak sangka menu yg aku tggu selama setahun nk makan...dia makbulkan juga...maceh tom,...sedap sgt...bila tgk menu yg thidang rasa cam hampa takda menu yg i idam2 kan...Laksa, Nasi impit + kuah kacang n nasi minyak je...tapi dlm aku belasah menu2 yang ada tu...tgk mak tom bawak balik taugeh hehe...cam best je kan,..rupa2 nya mak tom ngah masak kan menu special utk kami ptg tu..mau tau ke apa menu nye..jom layan kat bawah...

Mee Bandung Mak Tom`s

Sememangnya lazat...cepat, ringkas dan ummppphhhh.Mau sj ku jerit tima kasih tommmmmssss hehe tmakbul jga aku mam mee lagi slps mam mee kuah special dr umah kawan aku sorang kat belakang surau tu....aku mmg admire btl la masakkan depa ni...tak panggung pala la aku mam mee bandung ni, tak perasan dh yang si anne, gg n zam dtg...mmg layan abis mee bandung mak toms masak...mau gemuk aku kalo tiap hari org masak sedap2 camni, yg heran nya si tom tu tetap gak kurus...ishhh2 tak pandai amik kesempatan betul dak tom ni hehe...

Mam2 jgk posing tetap utama....meh aku suap nganga la hehe

huhh............tersandar aku kat dinding umah tom ptg tu, mmg tak larat nk bangun bangun dh aku rasa..sendat betul perut aku ngn nasi minyak, nasi impit...mee lagi waaa...mmg tong sampah betul huhu nasib tom takto aku tak mam laksa kalo tak mesti tak leh balik haha...ada ke disuruhnya mam semua menu yg dia hidangkan gilo ke apa dak ni...

apapun aku nk ucapkan terima kasih sgt sama tombaks aka isma izwan ismail kerna sudi jemput aku yg hodoh ni ke rumahnya n siap sediakan menu kegemaran i..kalo tak buat menu kegemaran i tu tahun ni mmg akan ku kecoh2kan seluruh alam yg si tom belum tunaikan pmintaan i tu dh makan tahun jd nya hehe...apapun semuanya dh selesai. terima kasih...


opss...korang, lepas mam tu aku p skodeng2 area umah toms tu..so aku tjmp ada couple ni sedondon tau...merendek kat bawah pokok hehe..aku smpt la mempaparazi kan diri hehe...Agak2 korang kenal tak pasangan ni---> pssttt bgtau aku yer sapa dia sbnrnya...., tolong ek,ada award tau sapa betul...kiki

(kenal ke?maklumkan pada aku seberapa segera..wanted sgt nih)

Baik punya dating tu....siapa mereka...???

Pemenang Utama akan mendapat

Myvi Hitam : PHX 2569

(MYVI ini dlengkapi sport rim n karpet merah...tentu2 ada ekzos k....haha)

Sila jawab sebelum terlewat...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Suda petang ooo guek mahu pulang....suda lama dirumah org sblm kena halau better aku balik hehe

hmm, cuma ptg yg indah tu aku tak balik dgn tangan kosong sbb ada aksi2 yg ingin aku kongsikan ngn korang hasil keja gila aku ptg tu wif my lovely friends...kesian pun ada nk gelak pun ada tapi mmg sadiss gak la kan....apapun korang layan je la gmbr kat bwh ni...aku malas nk ckp pjg huhu

Sbbkan nk bekalkan aku mee bandung smpkan Tom n Penyus jd camni uwaaaaa....ntah cmna la leh xsiden camni teruk smpkan tayar moto pun takto ke mana...uwaa bangun la kwn2 aku...uwaa.......erk, over lak aku huhu . tgk la mamat 2org ni mmg sewel ikut je apa aku suruh haha...tapi pic ni mmg sempoi la i like it...thanks sudi jd model i hahaha

Tak dapat den nk nolong dah...apapun u all mmg best...cam real ja dak penyu tu smp ternampak peyot yg mam byk tu kaka...

That all about my happines day...

Harta berharga bg aku :::KAWAN....
Kerna ikatan ini terjamin sehingga hujung nyawa yg ada...
Terima Kasih KAWAN...

Being to me love, happines n smile....