Saturday, September 13, 2008

::::11::::


Malam ini mungkin terlalu sunyi untuk aku singkapkan masa silam ku...dan malam ini jua aku mulai terasa dipalu dengan ketukan emosi berdarah yang meninggalkan parut dan kesan hitam dalam hidupku..Mungkin terlalu sukar untuk kita sebagai manusia menghadapi 1001 kisah duka, mencurahkan segala keperitan hidup yang kadang2 membuatkan manusia spt kita hilang kewarasan diri...begitu jua aku insan yang bernama NORFUZIANA `ASHIKIN, umurku yang mencecah 26 tahun 4 bulan 2 hari ,aku seringkali dibayangi segala kekusutan yang pernah bersarang di dalam hidup ini...Mungkin tiada lagi kekuatan ini andai aku tidak percaya pada qada dan qadar...dan mungkin tiada lagi langkah kaki ini andai aku tidak pernah bersyukur menerima pemberian illahi, mungkin aku terlalu naif sehinggakan menghukum diri diatas kesilapan lalu...mungkin aku terlalu kontang kematangan sehingga menyesakkan nafas insan lain.Namun siapa aku untuk mengadili segala dugaan yang mendatangi aku, siapa aku untuk menyalahi takdir andai yang tersurat itu telah tertulis untuk aku...Aku redha.

11 @ Sebelas

Terlalu banyak yang mengenalkan aku dengan angka ini...mungkin sekadar nombor namun setelah cuti 1 + 1 = 2 aku mulai menyelongkar segala nya mengenai 11. Pelik kan aku ni, mungkin org nampak tak apa2 makna mengenai 1 dan dari 1 titik yang bersambung itu menjadikan rangkaian demi rangkaian begitu jua kehidupan kita...1 titik duka itu tidak semestinya bernoktah dan tak semestinya jua selamanya disambung menjadi 2 dan 3 titik duka mungkin jua dijernihkan dengan 1 titk kebahagian. Siapa tahu???

Seperti aku...Aku bukan nya taksub pada nombor ini, bukan peminat nombor-nombor cuma aku agak tertarik bila angka ini mula bermain dalam kehidupan aku...biarpun yang manis mahu pun pahit...mesti korang nk tahu kenapa kan...
Untuk pengetahuan korang semua byk kenangan nk aku kongsikan disini...hmm, dh terlalu mukadimah aku kan...For 1st in my life about eleven is --->

11 Mei hari kelahiran aku...11 September kelahiran adik aku yg ke-3...11 Januari kelahiran adik aku yg ke-4, 11 Oktober Gen2 aku miliki....11 April jua kelahiran insan yang membuka mata dan segenap ruang aku untuk berhadap dengan keperitan lalu...dan perit yang ditanggung aku jua bertarikh keramat 11 Januari ...Mungkin lagu 11 Januari bukan lah lagu yang sesuai utk aku ...dan kerana 11 Januari dihari kelahiran adik aku yg ke-4 jua sama tarikhnya dengan Hilangnya pertimbangan diri aku selama 4 tahun...11 Januari hari pertama aku mula belajar erti kehidupan apabila mula mempertaruhkan antara maruah diri dan keluarga dan saat itu aku mulai berperang dengan perasaan sendiri sehinggakan aku bertopengkan KEGEMBIRAAN semata-mata tidak mahu org tahu apa yang sedang berkocak didalam hati ni, jiwa ini, perasaan ini...Aku jua inginkan kebebasan, inginkan kebahagiaan seperti insan lain. Melepaskan segala amanah , melepasakan segala harapan menggunung bukan niatku mencontengkan arang tapi ini lah takdir Allah yang tertulis buat ku...Tiada yang terindah andai ikatan itu diputuskan.3 Tahun aku mencari diri, 3 tahun aku dihalangi, 3 tahun aku dibayangi, 3 tahun aku diburui , 3 tahun aku dibelenggu...dan untuk pertama kali selepas 3 tahun,...kebahagiaan mula mendampingi ku kembali, biarpun was2, biarpun takut, biarpun kelu ku gagahi jua untuk mengeratkan pertalian berdoa agar segalanya berakhir selepas ini tapi segalanya salah aku, kelemahan aku untuk menjaga ikatan itu...11 bulan bertahan dan akhirnya kembali meninggalkan kesan dan parut hitam dalam hati.....Arghhh, kenapa dengan aku dan 11???


Kini aku bukan lagi seperti mana dulu bersembunyi disebalik wajah, menutup separuh wajah untuk kebahagiaan insan lain...kerana insan yang dilahirkan 11 April itu jua mula menjernihkan duka itu menjadi sesuatu kematangan pada 11 Jun...saat dimana aku mulai dirasa disayangi, dimanjai...11 Julai saat dimana aku digenggam erat tiada lagi ruang untuk melepaskan segalanya yang menghalangi emosi dan duka ini...kerana kamu aku begini, kerana kamu aku bagaikan dilahir semula menjadi diri aku sebenar...tanpa perlu melakonkan watak2 lain untuk menyenangi hatimu...kerna itu jua terbit kembali perasaan cinta yang mulai terkubur kerana keegoan sebagai manusia...terima kasih aku ucapkan


**Rintihan aku pada 11 Jun 2008**

~Rahasia Cinta~

Saat ini tatap mataku
Adakah kesungguhan di sana kau dapati
Seerat mungkin kau genggam tanganku
Dan rasakan kehadiranku untukmu

Cintaku bukan cinta sempurna
Tapi cukup hati ini kau miliki

**

Demikianlah luasnya hatiku sayang
Disanalah raga jiwa kupersembahkan

Kau jadi bahagian hidupku
Saat ini dan kuharap juga esok nanti
Berharaplah kita selalu bersama
Di dalam cinta dan juga duka nestapa

Ingin kuhabiskan sisa hidup ini
Berdua selamanya
Berdua selamanya...

Kembali ke **

Ini sebuah cita cinta
Semoga bukan mimpi di siang hari
Atau kasih yang tak sampai...

Kau jadi bagian hidupku
Saat ini dan kuharap juga esok nanti
Berharaplah kita selalu bersama
Di dalam cinta dan juga duka nestapa

Kau jadi bagian hidupku
Saat ini dan kuharap juga esok nanti
Berharaplah kita selalu bersama
Di dalam cinta dan juga duka nestapa

Ingin kuhabiskan sisa hidup ini
Berdua selamanya...

aku bukan insan yang memerlukan topeng lagi untuk menyatakan kekalutan dihati, menyembunyikan segala yang memberontak dibenak fikiran dan tubuhku....tiada lagi lakonan untuk ini...Aku ingin semua tahu aku Norfuziana Ashikin tak perlu kamu kenali aku insan yang berbeza dari org lain kerna itu tidak adil bg kamu yang memberi aku segala keistimewaan dalam menyulami kebahagiaan demi kebahagiaan sehingga hari ini...

11 Ogos....antara 2 membelenggu hidupku saat ini buat pertama kali abah kesayangan aku operation...dan hari ini dah sebulan..hari ini jua 11 September aku mulai terfikir di mana letak nya diriku untuk Keluarga tersayang , untuk sahabat handai dan untuk dia yang tersayang...Hari ini aku harap detik2 yang bermulanya dengan angka 11 itu dapat mematangkan aku dalam menjalani segala rencah dalam kehidupan yang penuh pancaroba....11 ramadhan ini jua aku panjatkan doa diatas kurniaan rezeki yang dikurniakan untuk aku sekeluarga,AMIN. 11 September bersamaan 11 ramadhan ini aku dikurniakan job untuk melebarkan sayap aku dalam bidang fotografi ini alhamdulillah...TERIMA KASIH kepada insan2 yang membantu AKU menjadi AKU seperti hari ini...


11....11....11....11....11


* 11 Julai ..hari lahir insan yang pernah menjadi t***** aku...angka 11 gak kan...
* 11 Mei sama hari dgn kelahiran aku, makcik aku melahirkan baby yang dinamakan Nor Farzana hampir dengan nama aku...

Segala kenangan pahit dan indah ini ku kunci menjadi kekuatan dihari ke depan ku...insyaallah.SEMOGA AKU TAKKAN MENJADI INSAN YANG SELALU LUPA DGN PENGALAMAN LALU.....


9 comments:

[mohamadtahir] [mz] said...

11...!!ermmmm....apakah nti 11hb 11 nti ada sesuatu kejutan utk u?

hehe

fuziana said...

matahir ::: i takmo ckp apa2..i takmo fkr apa2, i takmo mgharap apa2, i takmo menanti, i takmo smua titik2 pjalanan ini mjd tekanan kepada i...biar semuanya hadir tanpa drancang...kerna aku tak tahu dimana ia berada skrg :|

[mohamadtahir] [mz] said...

x sapa soh harap...x sapa paksa tggu.. x sapa paksa soh fikir... sb takdir penentu segalanyaa...huhu

:)tp dunia belom berakhir...kena hadapi gk suma tuuu

fuziana said...

ye betoi...

semangat yang hilang...dan mungkin segalanya akan hilang jua skelip mata siapa tahu...

mungkin hari itu kita takkan temuai lg perkara2 indah mahu pun perit....

PenyuXP Professional said...

pastu tunggu la tarikh 11/11/11 plak erkk... muahahahaha....

[mohamadtahir] [mz] said...

penyu---> kalu nk tggu 2011... x sempat nk dpt anak 11 org =))

fuziana said...

penyu ::: uik...lama tuh :-ss

pakai tak kawen la tggu tarikh tu :P




matahir ::: :O 11? gilo :))

PenyuXP Professional said...

hcj :: hahaha.. tu laa.. kena kawen skrg laa kan... tahun ni kawen... tp kan... tak sempat jugak nak masuk 11... hahaha... muat kee perot dia nak kembang sampai 4 org sekali... muahahahaha....



yana :: bistu... kawen laa cepat2,,, hahahahaha

fuziana said...

penyuss ::: oit...i nk baby twin mesti leh dpt 10 tau :P